Permohonan Simpanan Shariah KWSP Telah Lulus

8/09/2016 11:21:00 PG , 0 Comments




Alhamdulillah.. pagi ni dapat satu sms dari pihak KWSP menyatakan permohonan simpanan Shariah yang dipohon semalam dipejabat KWSP telah diluluskan... jadinya lepas ni takda lagi keraguan kemana dana simpanan hari tua kita nak dilaburkan.. yang pastinya semua akan dilaburkan ke tempat yang patut Shariah..


Kepada yang masih belum tahu.. semalam 8.8.2016 KWSP telah membuka permohonan bagi penyimpan tidak kira bangsa dan agama untuk menukar simpanan mereka kepada simpanan Shariah.. boleh rujuk sumber berita ini (Berita KWSP) 


Semalam suasana ibu pejabat KWSP di ibu negera diserbu penyimpan... ini berikutan tawaran pertukaran kepada simpanan Shariah hanya tertakluk kepada jumlah yang dihadkan iaitu sebanyak RM100 bilion sahaja..

Sumber berita KWSP :

"Dana sebanyak RM100 bilion, iaitu lebih kurang 15 peratus dari keseluruhan jumlah aset pelaburan KWSP sebanyak RM681.71 bilion sehingga akhir Mac 2016, diperuntukkan untuk Simpanan Shariah 2017 berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’.  Untuk melayakkan diri untuk Simpanan Shariah 2017, ahli perlu mengemukakan permohonan mereka sebelum 23 Disember 2016 dan tertakluk kepada ketersediaan dana RM100 bilion."


Sabar menanti angka giliran yang hampir ke 250 pelanggan dihadapan semalam... sebelum berjaya mendapatkan nombor.. sempat beratur selama setengah jam.. disusuli satu jam menunggu untuk dipanggil no. giliran.. tapi semua usaha tu berbaloi sebab permohonan yang dibuat telah berjaya..

Bagi yang bercadang untuk bertukar kepada simpanan Shariah segeralah pergi kemana-mana cawangan KWSP yang berdekatan dengan anda.. urusan mudah sahaja.. bawa salinan kad pengenalan dan buat pengesahan cop ibu jari kanan dikaunter.. tidak perlu mengisi borang.. urusan siap dalam tempoh 1-2 minit sahaja... mudah..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..