Diskaun Pinjaman PTPTN 20 Peratus Hampir Tamat

3/23/2015 10:07:00 PG 0 Comments

Selak-selak paper pagi ni terjumpa pulak berita berkaitan pinjaman PTPTN ni... rasanya semua orang sudah sedia maklum yang buat masa ni pihak PTPTN ada menawarkan diskaun sebanyak 20% kepada peminjam mereka bagi yang membuat bayaran sepenuhnya.. kalau ikut kira matematik... pinjam rm20,000 kalau bayar lumpsum hanya bayar rm16,000 sahaja..selepas tolak 20% diskaun...

Jadinya kepada yang berkemampuan untuk membayar secara penuh tu boleh ambil peluang yang ada kerana daripada apa yang aku baca dipaper tadi tempoh tawaran diskaun akan tamat pada 31hb Mac 2015..

Bagi yang kurang berkemampuan.. bayarlah mengikut jadual yang ditetapkan... kata orang bayar sikit-sikit lama2 habis.. dari tak bayar langsung dan kemungkinan nama akan dimasukkan dalam rekod CCRIS Bank Negara..

Kalau nama dah ada dalam rekod  CCRIS dengan prestasi bayaran buruk.. maka segala urusan untuk memohon pinjaman dari pihak bank akan menyukarkan untuk diberikan kelulusan..

Jadinya kalau rasa tak nak diri terasa susah pada masa akan datang jangan cuba untuk mengelak tidak membayar langsung pinjaman PTPTN ni...

Semoga anda semua yang ada pinjaman PTPTN dipermudahkan untuk membayar balik pinjaman tersebut..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..