Bil Celcom Hampir RM2000 Silap Siapa

3/30/2015 04:33:00 PTG 6 Comments

Siapa yang tak terkejut monyet bila check sahaja bil bulanan postpaid bernilai hampir rm2000.. dalam sejarah aku guna line celcom ni.. ni first time aku dapat bil sedemikian rupa..

Tak pasti silap aku sendiri atau kesilapan pihak celcom.. jadinya tak mau stress sepanjang hari.. ambil kunci motor terus ke service center yang berdekatan.. sampai dikaunter terus aku minta staff yang bertugas semak bil aku yang terkini..

Kalau ikutkan dari apa yang staff celcom check memang aku ada langgan mobile internet weekly sebanyak 2 kali pada bulan ni.. tapi sepatutnya bukan nilai tersebut yang dikenakan kepada aku.. kalau ikutkan seperti aku guna line internet tanpa aku langgan mana-mana pakej mobile internet..

Jadinya staff celcom terus buat report untuk diajukan pada pihak yang berkenaan.. katanya kalau semakkan yang akan dibuat nanti adalah kesilapan pihak celcom maka bil akan diperbetulkan.. tetapi kalau kesilapan pihak aku... maknanya aku kena bayarlah..

Cuma aku nak tanya kepada yang pernah langgan pakej mobile internet dari celcom ni.. kalau ambil pakej weekly RM18 dengan quota data 1gb.. andai kata quota tersebut habis sebelum tamat tempoh langganan adakah talian internet masih boleh digunakan.. kalau ya.. macam mana charge yang akan dikenakan.. sebab andai kata aku terlebih guna.. takda pulak aku dapat mesej alert yang minta aku tambah quota langganan..

Mohon sapa yang ada pengalaman bantu beri penjelasan.. sementara aku tunggu pihak celcom update kes aku ni..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. pergh byk juga tu utk kegunaan internet.adoi garu kepala nak bayar tu.. maaf tak de pglman pakai post paid. saya pakai prepaid dan tak de line tenet. guna wifi tm je kat rumah.. hehe

    BalasPadam
  2. walaupun dia bagi diskaun sebab max limit sebulan charge 250.. tapi bagi saya tetap berat nak bayar.. huhu

    BalasPadam
  3. Celco. Skrg mmg slalu x antar reminder. Tau2 dah kena pay per use data.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya memang ada langgan yang weekly punya.. seingat saya saya dah off data sebelum tarikh tamat langganan.. tapi tak tahulah kalau saya terlebih guna data yg diperuntukan 1GB seminggu tu

      Padam
  4. pernah kena charge RM255.40 .... miong kepala - ttp kena bayar juga
    pihak celcom kata sebab xambik package memana bila klik mobile data akan berjalan lah line w/pun
    seminit dua minit - nangis nak bayar

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. kekadang kita tak perasankan.. kalau atas kesilapan saya saya akurlah membayarnya sikit2 nanati.. huhu

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..