Ron95 Naik 20 Sen Stesen Petrol Diserbu Lagi

10/01/2014 09:54:00 PTG 1 Comments

Berkuatkuasa tengah malam ni semua sedia maklum seperti yang telah disiarkan dimedia sosial dan elektronik yang mana petrol ron95 dan diesel akan naik sebanyak 20 sen.. kenaikkan ini berikutan pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan.

Memang telah dijangka petrol akan naik.. cuma tak tahu bila je.. tapi hari ni dah confirm yang ianya akan naik tengah malam ni..

Seperti biasa bila ada je pengumuman petrol akan naik.. yang paling jelas sekali semua petrol pump akan penuh dengan deretan kenderaan untuk mengisi petrol sepenuh-penuhnya..

Sebelum ni pun aku pun salah sorang juga yang beratur untuk penuhkan tank kereta... tapi itu dulu sekarang aku buat biasa-biasa je... sebab esok atau lusa tetap kena isi juga kalau tank dah kosong.. nak merungut pun.. merungut dalam hati jelah.. hehe..

Macam kereta aku yang kalau kosong kena isi 40 liter.. so kalau naik 20 sen dalam rm8 jugalah naiknya untuk seminggu.. kata orang redha jelah...

Apa komen korang tentang kenaikkan terkini ron95 ni... membebankan atau masih mampu untuk bayar.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. rasa macam nak tuang air paip je dalam tank mana tau lepas ni kereta x yah pakai minyak petrol. Hihihi...sabar jelah =)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..