Family Dinner Ikan Bakar Teluk Tempoyak Penang

1/16/2014 11:05:00 PG , 3 Comments

 

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Cerita hujung tahun lepas baru sempat nak publish.. ada masa free ni.. cubalah kongsikan sikit-sikit gambar yang sempat aku ambil masa family Dinner ikan bakar di Teluk Tempoyak Penang.

Bila semua dah berfamily ni time kumpul ramai-ramai ni memang susah.. jadi kebetulan hujung tahun ari tu semua adik-beradik cik isteri bercuti dan ada dikampung mertua.. aku dengan cik isteri dah rancang nak bawa dia orang semua gi makan ikan bakar.. yang takda masa tu cuma biras aku je (suami kepada adik cik isteri).. kebetulan masa tu dia ada kursus dekat KL so tak dapatlah nak join sama..

ikan_bakar_teluk_tempoyak_1

Pemandangan dari jeti Teluk Tempoyak.. dekat belakang tu berlatar belakangkan Jambatan ke-2 Pulau Pinang yang telah siap sepenuhnya..

ikan_bakar_teluk_tempoyak_2

Kedai ikan bakar ni merupakan kali ke-2 aku sampai sini.. first dulu datang dengan family mertua juga.. bila tu dah tak ingat.. tapi still sama juga tiada perubahan suasana sekeliling..

ikan_bakar_teluk_tempoyak_3

Nak makan sini semua layan diri.. order n tunggu makanan sampai.. tempat order air lain.. tempat order sotong goreng tepung, kerang bakar, ikan bakar semua asing-asing dan lain-lain tokey..

ikan_bakar_teluk_tempoyak_4

Suasa sekitar kedai ikan bakar ni.. ramai pelanggan yang tengah tunggu pesanan sampai..

ikan_bakar_teluk_tempoyak_5

Aku bab-bab pilih ikan ni tak pandai.. serahkan pada mertua.. bab nak pilih ikan segar dan baik dia orang dah pakar.. hehehe

ikan_bakar_teluk_tempoyak_6

sebahagian juadah dah sampai.. tapi satu rombongan kereta lagi tak sampai.. so orang yang sampai awal ni.. cium bau jelah dulu.. hehehe.. Harraz pulak taknak duduk.. nak kena dukung.. hehehe

ikan_bakar_teluk_tempoyak_7

Sotong goreng tepung, dengan lala.. disebabkan sotong sampai awal.. dah sejuk.. ni gara-gara rombongan 1 kereta lambat sampai.. dah dapat makan sotong sejuk.. hehehe

ikan_bakar_teluk_tempoyak_8

kerang bakar.. ingat ye.. sapa ada gaut elakkan makan kerang ni.. hehehe

ikan_bakar_teluk_tempoyak_9

Ikan jenahak masak stim.. kegemaran ibu mertua..

ikan_bakar_teluk_tempoyak_10

ni tak tahu samada ikan jenahak atau ikan merah.. sebab masa tu order 2 untuk buat ikan bakar

ikan_bakar_teluk_tempoyak_11

Nasi putih untuk 10 orang  makan.. walaupun tak sampai 10 orang yang makan…

ikan_bakar_teluk_tempoyak_12

Fresh Oren & air laici order pakai juk terus..

ikan_bakar_teluk_tempoyak_13

Info lanjut tentang Ikan Bakar Teluk Tempoyak boleh rujuk facebook page di sini

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. Kalau makan dengan famili besar camni memang meriah....dan selera bertambah masa makan kan....

    BalasPadam
  2. Wow!! yummy. Hemm kalau arah sana, harus cuba makan di sini. Tq Sharing =)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..