Terkini Gambar Banjir Di Kampungku Johor

12/04/2013 11:51:00 PG 4 Comments

 

Tadi pagi dapat mesej dari adik di kampung kata kampung dah banjir.. air dah mula naik ke tempat parking kereta dirumah.. semua kenderaan dah diletakkan dibahu jalan seawal 4.00 pagi lagi..

Risau juga kalau keadaan banjir makin teruk.. Mak pulak lumpuh tak boleh berjalan.. selamat rumah kami masih ada sebagian yang bertiang.. kalau semua rumah atas tanah memang takda pilihanlah kalau rumah masuk air confirm kena pindah..

Untuk langkah keselamatan aku dah pesan dekat adik-adik dekat kampung supaya mak dibawa naik ke rumah kayu.. untuk persediaan kalau-kalau rumah bawah kami dimasukki air..

Banjir JOhor 0

Gambar dikirim oleh sepupu laluan menuju kerumah dah dinaiki air sepenuhnya..  rumah sepupu ni katanya air dah mula masuk.. kesian sebab beliau takda rumah atas..

Banjir JOhor 1

ini adalah gambar yang dikirim oleh adik gambar sekitar keliling rumah.. tempat parking semua dah penuh air.. huhu

 Banjir JOhor

Selalunya kalau banjir.. jarang-jarang tempat parking dekat kampung ni naik air.. huhu. Doakan keluarga kami semua selamat di kampung.. semoga banjir ni cepat surutlah…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. be strong buat bro dan saudara mara

    BalasPadam
  2. semoga dipermudahkan urusan dan kesihatan tubuh badan yang baik

    BalasPadam
  3. smg dipermudahkan sgl urusan dan kead cepat pulih..

    BalasPadam
  4. saudara mara berpindah tak bro?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..