Pepagi Dah Touching Tengok Video Ni..

10/31/2012 09:01:00 PG 7 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Orang lain dah 2 hari masuk keje.. aku pulak baru pagi ni masuk punch card.. cuti sebulan pun sekarang macam rasa cuti 2 hari je.. masa begitu pantas berlalu.. aku sebenarnya baru je balik dari bercuti dari kampung semalam.. dapatlah luangkan masa 5 hari dengan family aku dekat kampung.. kalau tak selalunya balik 2 hari je..

Alhamdulillah sempat juga aku tolong uruskan mak aku beberapa hari yang lumpuh dekat kampung, hantar atuk aku yang strok dekat klinik untuk buat medical checkup.. sebenarnya kerja-kerja tu dah lama aku tinggalkan sejak aku kerja dekat KL ni..

Selagi aku masih bernyawa insyallah itu memang tugas yang aku akan buat dan dah jadi kewajipan aku sebagai seorang anak.. cuma sekarang ni.. semua kerja-kerja mengurus mak aku dibuat oleh adik aku..

Pagi ni pulak masuk opis je.. cik isteri ada hantar satu video yang sangat menyentuh perasaan.. so aku rasa aku nak sharelah dekat korang semua.. yang dah tengok takpelah.. boleh layan sekali lagi..

Jangan sesekali sakiti hati ibu-ibu anda.. selagi ibu-ibu anda masih hidup berbaktilah pada mereka.. rindu mak aku dekat kampung..

**** Part last dalam video ni buat potong stim pulak.. hehehe

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. moral of the story masih oleh pakai...
    walaupun endingnya gitu...he...he..rezeki
    masa budak tu suruh brother tu berenti ada rasa lain macam sikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. serius... bro tu hug budak tu..masa tu memang aku terharu.. huhuhu

      endingnyaaa... fuuuuhhhh.. boleh lak camtu yea..

      Padam
    2. Aku pun touching juga masa time budk tu suruh berenti dkt kubur... memang msg yg cuba d sampaikn terkesan dlm diri aku... Huhu

      Padam
  2. serius touching..ending dia tu pun agak kreatif juga.....

    BalasPadam
  3. patut la muka budak tu gaya blur jee...tapi mesej berjaya disampaikan....

    BalasPadam
  4. hmmm... tertouching jugak jiwa ganas den ni..sob3..

    BalasPadam
  5. semoga niat murni awak di permudahkan oleh Allah....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..