Monday, July 9, 2012

Bercuti Di Cameron Highlands | Pasar Malam Brinchang – Part 5

 

Salam semua,

Mood rajin tengah datang ni.. so nak sambung semula cerita percutian aku dekat Cameron Highlands 2 minggu lepas.. kali ni aku nak kongsikan beberapa keping gambar suasana di Pasar Malam Brinchang.

Sebelum terlupa, cerita yang lepas ada Part 1, Part 2, Part 3 & Part 4 so korang yang dah terlepas tu bolehlah baca link yang aku bagi tu ye..

Jom layan gambar dulu.. aku nak kurangkan membebel kali ni.. hehehe

Pasar Malam Berinchang 1

Melangkah masuk ke pasar malam Berinchang dengan wajah gembira.. sapa yang lagi yang paling gembira kalau bukan cik malarang.. kalau boleh semua baju-baju ni dia nak beli.. hehehe

Pasar Malam Berinchang 2

Nak cari cenderhati untuk dibawa balik pun banyak dijual di pasar malam Berinchang ni..

Pasar Malam Berinchang 3

Pasar Malam Berinchang 4

Pasar Malam Berinchang 10

Paling banyak dijual dipasarni ada sayur-sayuran segar dari ladang… macam-macam ada.. korang pilih je sayur apa yang korang suka..

Pasar Malam Berinchang 5

Macam biasa.. orang pompuan kalau dah jumpa bunga.. selagi tak beli mesti tak nak berganjak dari tempat tu.. hehehe.. tapi apa yang menarik dengan bunga yang cik malarang pegang tu adalah merupakan bunga hidup yang telah diawet.. katanya tahan selama 2 tahun.. yang penting jangan disiram dengan air.

Pasar Malam Berinchang 6

Kalau korang peminat kaktus.. dekat sini pun ada dijual.. macam-macam rupa bentuk kaktus ada

Pasar Malam Berinchang 7

Nilah yang menjadi tarikkan utama dipasar ni.. pelbagai saiz strawberry segar dijual disini..

Pasar Malam Berinchang 8

Paling popular adalah strawberry bersalut coklat.. emmm sedapnya..

Pasar Malam Berinchang 9

Kalau nak tahan lama.. belilah strawberry kering.. yang ni pun sedap juga

 Pasar Malam Berinchang 11

Setelah habis bahagian sayur-sayuran tadi, terus melangkah kebahagian lain dengan memperlihatkan pelbagai jenis pakaian dijual.. pening kepala nak beli mana satu.. semu cantik-cantik

Pasar Malam Berinchang 12

Sebenarnya pada siangnya kami belum puas pusing-pusing dekat pasar malam berinchang tu.. ekoran cuaca hujan mula turun petang tu.. dan penyudahnya sebelah malam kami terjah sekali lagi.. shopping terus.. hehehe

Untuk pengetahuan korang pasar malam Berinchang ni dibuka pada hujung minggu dan sekiranya musim cuti sekolah ada yang mengatakan pasar ni dibuka setiap hari.

So kalau korang datang bercuti ke Cameron Highlands.. jangan lupa ye singgah membeli belah di pasar malam Berinchang ni..

Oklah mata pun dah letih ni.. aku nak rehat dulu ye.. jumpa lagi di entri seterusnya..

15 comments:

  1. pergh.. best betul.. ntah bila lah boleh samapai ke cameron highland ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. carilah masa untuk bercuti bro.. hehehe

      Delete
  2. kalau gi sini..memang kuat godaannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. kalau boleh semua nak beli.. hehehe

      Delete
  3. Pergh! best..
    lama aku tak sampai sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hang pergi mungkin dah rasa bezanya.. sebab dah kurang sejuk.. sebab banyak pokok yg dah kena tebang untuk pembangunan

      Delete
  4. Replies
    1. alhamdulillah semua family yang datang semua seronok & happy

      Delete
  5. tak sabar nak bercuti di Cameron Highlands bulan 9 nanti..yeeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lepas raya ye bro.. bagus2.. banyak tempat2 menarik dekat situ... aku pun macam nak gi sekali lagi je.. hehehe

      Delete
  6. Tengok jagung tu, terasa dan mengidam pulak nak buat "Jagung panggang" hahah@@|||

    ReplyDelete
  7. Banyaknya strawberi. lama tak makan. Hehehehe

    ReplyDelete
  8. bc cite awk kat sini. sy nk g cameron minggu depan .. tak sabar la.. pasar malam ni dekat dengan tanag rata ek?

    ReplyDelete

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini