Rezeki Anak Emas Pulau Pinang Yang Dilahirkan Tahun 2011

5/29/2012 11:12:00 PG 18 Comments

 

Salam semua,

Walaupun Harraz dilahirkan di kawasan Negeri Selangor si comel aku ni tetap bertuah sebab terpilih menyertai Program Anak Emas Pulau Pinang..  Sebenarnya program ni bermula pada tahun 2011.. aku tahu pun lepas mak mertua aku gi tahu lepas Harraz dilahirkan tahun lepas..

Kalau tak silap aku masa mula-mula Ketua Menteri Pulau Pinang umumkan dia kata seorang baby dapat RM100.. tapi pada Disember tahun lepas beliau telah menaikkan dari RM100 ke RM200.. hehehe.. Alhamdulillah Rezeki jangan ditolak.. (Jangan ada yang politikkan pemberian ni sudahlahkan..)

Jadi untuk menjadi Anak Emas Pulau Pinang ni masa tu kalau tak silap aku kena daftar dulu.. so kalau terpilih dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan maka bayi yang dilahirkan pada tahun 2011 layak untuk mendapat saguhati wang Tunai dari Kerajaan Pulau Pinang.

Anak Emas Pulau Pinang 1

Antara syaratnya adalah salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang. Program Anak Emas Pulau Pinang mensyaratkan pengesahan bahawa pendapatan isi rumah keluarga tidak boleh melebihi RM4,000 sebulan.

Kebetulan Cik Malarang adalah Pengundi di Pulau Pinang.. so layaklah anak aku dapat wang saguhati tu.. kira daddy dia tumpang gembiralah ni.. Duit anak duit Daddy juga.. hahaha.

Anak Emas Pulau Pinang 2

Disebabkan pada tarikh penyerahan tu aku tak dapat nak balik ke Pulau Pinang atas urusan kerja.. so aku wakilkanlah Ibu mertua aku gi ambil wang saguhati tu.. kalau ikutkan surat tu wang akan diserahkan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.. Terima kasih Kerajaan Pulau Pinang (ini bukan bodek Politik ye..)

Anak Emas Pulau Pinang 3

Si bam bam comel nilah yang empunya duit.. Daddy cuma tolong simpan je.. lagi pun cek yang di bagi tu atas nama Cik Malarang.. kalau nama aku confirm daddy dia punya.. hehehe

Rasanya-rasanya bagus juga kalau program ni diteruskan untuk tahun-tahun berikutnya.. Yang lahir tahun 2012 ni aku tak surelah program ni ada lagi atau tidak.. yang tu kena tanya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.. hehehe..

“Rezeki Jangan Di Tolak… Musuh Jangan Di Cari”

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

18 ulasan:

  1. kat selangor pun ada bagi saguhati ni, apa kena namanya, tawas tak silap.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. aku pun nak jugak dapat macam tu ..tapi tak kesmpaian lagi ni ..hahaha ...berharap jela ...

      Padam
  3. hurmmm.... saya pun ada sedara masa kat penang sebelah ayah.... kat bukit mertajam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oklah tu... Ada bau2 nasi kandarlah ni... He3

      Padam
  4. Betul, ambik je rezeki depan mata, tak kisahlah undi apapun.

    BalasPadam
  5. ada lagi ke?? sy xtaw pun... sbb bby sy pon lahir 2011 n sy org penang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti lak ada ke tak..tp ibu atau bapak dah mendaftar mengundi di pulau pinang layak dpt.

      Padam
  6. Wah untungnya..

    Terima kasih sebab tegur kesilapan Nurul.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkara kecik.. Ni mesti link fadzrol tadi ni. He3

      Padam
  7. Balasan
    1. Org tu yg masyuk... Kt tumpang tengok je.. Huhu

      Padam
  8. oyeke..weekend ni sha p penang ade kenduri kahwin ...hehee

    rezeki baby Harraz lah tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki daddy dia juga.. He3

      Padam
  9. murah rejeki harraz nih..untung daddy dia gk./..kihkih

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..