Layan Western Food Sambil Tengok Bola

5/03/2012 10:17:00 PG , 8 Comments

 

Salam semua,

Ni cerita 2 hari yang lalu.. sepatutnya semalam aku nak post.. tapi disebabkan sedikit busy so langsung tak sempat nak jenguk blog sendiri.. selamatlah ada juga pengunjung yang sentiasa datang walaupun takda entri yang diupdate.. terima kasih kepada pembaca semua.

Kebetulan Hari Pekerja 2 hari yang lepas aku tak keluar gi mana-mana so sebelah malamnya aku ajaklah cik malarang gi keluar Dinner dekat satu kedai baru dibuka di tepi jalan Kg. Sungai Pencala.

western food 1

Kebetulan masa aku datang tu hujan masih turun dengan renyai-renyai lagi.. nak dijadikan cerita tak lama lepas aku duduk tu.. tetiba ada 3 orang staff TNB datang jumpa tokey kedai.. dalam hati aku takkan tokey ni tak bayar elektrik kot.. Bila aku tanya cik malarang dia senyum je.. ai.. maklumlah cik malarang bab-bab potong ni memang dah biasa dah dulu.. hehehe

Tak lama lepas tu.. aku dengar Staff TNB tu cakap.. dah boleh cabut ke ni.. dalam hati alamak takkan nak makan dalam keadaan gelap pulak ni.. huhu.. memang betul tak lama lepas tu terus gelap gelita sekitar kedai tu.. selamat ada lampu tepi jalan so dapat juga tengok muka anak bini aku.. hehehe.

Tapi tak lama lepas tu lampu tu menyala balik.. staff TNB tu dah pasang balik fius dekat meter tu.. aku pun tak surelahkan sama ada ada masalah dia datang repair atau dia orang kasi can dulu sebab ada customer tengah makan.. sebab sepanjang aku makan dekat kedai tu budak-budak TNB tu masih ada dekat kedai tu.. makan sekali sambil layan bola Kelantan VS Kedah.

western food 2

Ok berbalik pada menu kita orang malam tu.. disebabkan kedai baru so rasanya masakan goreng-goreng ni dah biasa sangat kita orang makan.. so nak jadi Mat Salleh pulaklah makan Westernlah.. nak rasa masakan western kedai ni pulak.

western food 3

Macam biasa aku order air tembikai (RM2.50) & cik malarang order air sirap selasih (RM1.50) .. sementara nak tunggu menu utama sampai layan dulu  french fries (RM5.00) harga boleh tahan ni.. selamat habis sebakul kita orang makan.. lapar kot sebab hujan.. hehehe.. si comel Harraz tengok Daddy & Mama makan je.. :-)

western food 4

Yang ni cik malarang punya.. spaghetti meatball.. cik malarang kata kurang sedap.. aku rasa meatball oklah.. harga RM10.00, agak mahal juga..

western food 5

Yang ni pulak mestilah aku punya.. dah lama tak makan chicken chop.. bagi orang dah lapar.. tak sedap pun kata sedap.. hehehe.. harga RM11.00.. boleh tahan juga harganya.. bagi aku agak mahal juga..

Sebelum balik tu sempat aku cakap dengan cik malarang.. lepas ni boleh difikir-fikirkanlah samada dah datang lagi atau tidak.. hehehe.. korang fahamkan maksud akukan.. pada aku rasa makanan tu oklah.. boleh makanlah.. tapi bab harga tu agak mahal sikit.. kalau harga dapat dikurangkan.. rasanya lagi cantik.. lagi pun kedai kalau baru buka dah bagi harga mahal-mahal.. mungkin pelanggan tu datang sekali je… :-)..

Nota : Pesanan buat kaki makan.. apa kata korang tolong Vote rakan aku disini..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

8 ulasan:

  1. Chicken chop tu rasanya macam mahal skit la harganya tue.... thanks sebab vote saya setiap hari yea... hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan macam mahal bro.. memang mahal.. hehehe.. ada lagi yang jual murah tapi sedap.. :-)

      Padam
  2. menarik persembahan makanan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. persembahan ok.. rasa ok.. harga tak ok.. hehehe

      Padam
  3. bangunan kayunnya mahal agaknya bro..he he.. biasanya baru buka,bagi diskaun lebih sikit atau promosion price ke.

    BalasPadam
  4. mahal jugak harganya bg sy, x bestlah mkn mahal2 tp x sedap,rasa bertambah2 mahalnya..hehe

    BalasPadam
  5. mahal dan kurang sedap.. mmg pk la nak mai mkn plak..

    BalasPadam
  6. nyum nyum.. kalo mahal tapi sedap.. tak pe lah..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..