Installation Sticker Carbon Fiber di Kedai Abang

5/20/2012 03:15:00 PTG , , 13 Comments

 

Salam semua,

Dari blog personal bertukar kepada blog modifikasi kereta ke ni? tu mungkin salah satu soalan yang mungkin bermain difikiran reader blog nikan.. hehe3.. takdalah ni kan blog macam-macam so apa yang aku rasa nak kongsi aku bubuh je dalam ni..

Berbalik kepada tajuk entri ni.. semalam asalnya aku saja nak gi servey harga untuk pemasangan sticker carbon fiber ni dekat kedai abang (Brothers) Kelana Jaya.. aku ingat nak pasang dekat bonet depan kereta aku sebab bonet aku dah calar teruk dengan cat mula terkopek dek gara-gara asik kena batu je.. jadi daripada aku keluarkan modal yang besar untuk cat semula baik aku bubuh sticker je..

sticker carbon fiber

kredit foto : google

Bermula dari survey… usyah-usyah harga terus setuju untuk pasang.. sebelum tu kena minta kebenaran dengan menteri kewangan dulu sebab nak kena keluarkan budged ni.. hehehe. sekali menteri kewangan kata on je.. apa lagi.. terus bayar & pasang terus..

Layan gambar jelah ye yob.. nak cerita boringlah.. hehehe

install sticker carbon fiber 1

Sebelum dibaluti dengan sticker carbon fiber… kalau korang perasan cuba tengok dekat bonet aku tu.. ada banyak tompok-tompok putihkan.. tulah kesan dari cat yang rosak..

install sticker carbon fiber 2

bentang sticker tu & potong ikut saiz bonet, baki aku bawa balik.. aku nak diy pulak dekat tempat-tempat yang sepatutnya nanti..

install sticker carbon fiber 3

Sebelum nak tampal kena cuci dulu.. kasi spray dengan air sabun dulu.. kasi licin maa..

install sticker carbon fiber 4

kasi cuci kekotoran atas bonet tu.. kalau tak nanti timbol lubang-lubang udara kalau tak cuci..

install sticker carbon fiber 5

permukaan sticker juga yang ditampal kena spray juga dengan sabun supaya senang nak adjust kedudukan stiker nanti..

install sticker carbon fiber 6

Sticker sudah ditampal.. proses meratakan sticker diatas permukaan bonet menggunakan alat perata.. yang ni kena buat hati-hati supaya sticker tidak koyak.. mamat ni memang tekun buat koje.. senyum tidak.. toleh kiri kanan pun tidak…. dia buat je kerja dia..

install sticker carbon fiber 7

Kawasan yang berlekuk dan susah nak diratakan kena pakai pemanas macam hair dryer ni.. rasanya kalau korang ada alat pemanas ni boleh buat sendiri ni.. ada berani buat sendiri tak?

install sticker carbon fiber 8

kan dah kena marah.. mamat bangla ni sebuk juga nak tolong.. cina tu dah cakap tadi tak payah tolong.. sebuk juga dia nak gi ratakan.. hehehe.. kerja-kerja ni memang sesuai dibuat dengan 2 tangan je.. sebab kalau banyak tangan yang sentuh tak jadi nanti..

install sticker carbon fiber 9

kerja-kerja dah hampir siap.. tinggal proses meratakan dan membuang udara pada lubang-lubang nakal je..

install sticker carbon fiber 10

Dah siap dah.. tinggal nak cuci je.. sebab ada banyak bekas-bekas sabun diatas bonet.. esok kita cuci satu kereta.. hope sticker ni dapat tahan lama sikitlahkan..

install sticker carbon fiber 11

Kos untuk pemasangan satu bonet untuk Myvi semuanya RM98.00 sahaja.. oklah kira berada dalam budget akulah tu.. mesti korang tertanya-tanya kenapa murah sangat.. yelah murah sebab sticker ni jenis biasa je.. bukan jenis dari 3M.. (3M tak mampu bro..)

Kalau korang berminat nak buat juga.. korang bolehlah gi terjah dekat kedai abang Kelana Jaya ye.. datang awal sebab memang ramai orang menunggu nak pasanga aksesori kereta dekat situ..

Ingatkan dah ada anak bini ni dah nak bersaralah main kereta.. tapi tak bolehlah deee jiwa kacau beb.. hehehe.. mungkin satu hari nanti aku akan bersara juga kot.. tapi bukan dalam setahun dua ni kot.. sebab misi belum tercapai.. hehehe.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

13 ulasan:

  1. ala abag jom la test ngan ferrari saya...hahahha...

    BalasPadam
  2. baru lepas pasang carbon fibre tok hood n bonet depan kancil kat kedai abang ampamh
    RM220 termasuk upah,

    BalasPadam
  3. sori typo plak, kedai abang di ampang

    BalasPadam
  4. kalau bonet myvi baru (belum cat)boleh terus pasang sticker tak?

    BalasPadam
  5. abg myvitrd,

    tumpang tanya sikit..camner keadaan carbon sticker kat bonnet tu sekrg?ok lagi ke? ada a[a2 yg tak puas hati kee..apa ke..

    -ivan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sofar dlm setahun sy pakai ok.. Masih tahan... Kalau setahun tahan kira oklah.. Sbb burget pun dlm 100 je.. Kalau taj rasanya bonet tu dah karat kot..kalau tak pasang sticker ni..

      Padam
  6. salam bang.. sy nk tanya.. klau tampal sticker ni dekat motor boleh x? di bahagian box.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya boleh sbb pernah tengok ada org pasangsatu body motor.. Tapi kerjanya mungkin rumit sbb byk lekuk

      Padam
  7. Pontian kt mana ye nk buat 9hb ni?bgi alamat lengkap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat apa tu.. pasang sticker ni dkt kelana jaya..selangor.... Bukan dkt pontian

      Padam
  8. Salam Bro..kalau tampal sticker kt bumbung satria neo agak2 bape sume ek?

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..