Salam semua,
Masih ingat lagi tak 2 video yang aku pernah kongsikan sebelum ini (rujuk sini & sini) berkenaan kisah seorang gadis yang begitu marah dengan teman lelakinya.. sehingga hilang pertimbangan dengan membuang semua barang-barang kenangan mereka bersama.
Kini video kemelut mereka berdua akhirnya berakhir dengan…… tengok video dekat bawah ni.
Seperti kata pepatah “ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujang ditengahari”.. dalam kehidupan kita seharian pasti ada pasang surutnya.. bertengkar, bergaduh, merajuk dan bermasam muka sudah menjadi lumrah kehidupan.. begitu jugalah bagi mereka yang hidup berpasang-pasangan samada suami isteri atau mereka yang sedang dilamun cinta pastinya ombak tsunami akan datang pada bila-bila masa tanpa diundang.
Apa yang penting jangan terlalu cepat berperasangka buruk pada pasangan anda tanpa menyiasatnya terlebih dahulu.
Sebenarnya semua perselisihan faham itu dapat diatasi dengan membuat satu panggilan kepada pasangan anda itu.. dengan panggilan yang dibuat tersebut sudah pastinya dapat mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Bayangkan sekiranya teman anda membuat panggilan dan anda mengabaikannya dan tanpa anda sedari panggilan tersebut adalah panggilan terakhir darinya.. mungkin anda akan menyesal seumur hidup kerana tidak menjawab panggilan tersebut.
Jadi sentiasalah berhubungan dengan pasangan anda melalui panggilan telefon setiap masa.. dengan panggilan yang anda buat itu dapat mengeratkan lagi hubungan anda sepanjang masa..









hahaha..nice entry. video tu ramai g post
ReplyDelete:-) ramai yang perihatin dengan kisah gadis ni.. hehehe
Deletemcm entri dr seorg kaunselor rumahtangga pon ada gk nih..:-)
ReplyDeletehehehe.. dulu aku memang nak jadi kaunselor tapi tetiba jadi technician pulak.. hahaha
Deletejangan bertangguh.. call aku cepat.. hehehehe
ReplyDeleteCall mat tiger sekarang dgr cerita dia masuk paper berita harian versi ipad.. Cer tengok betul tak?... Hehe
Deleteapa lagi jangan lengah2.. buatlah panggilan kepada org tersayang
ReplyDeleteYg tersayang tgh tidur.. Kalau call confirm tak jwb... Hehe
Delete