Di Mana Nak Dapatkan Buah Zuriat Ni

 

Salam semua,

Nak dikatakan hampir setiap hari ada sahaja keyword BUAH ZURIAT ni melekat dalam blog aku ni.. bukan tu je.. ada juga antara blogger yang aku jumpa tu bertanyakan mana nak dapatkan buat zuriat ni?

Buah Zuriat

Apa yang aku boleh katakan kalau nak beli ada sorang kenalan blogger ni pernah buat iklan menyatakan beliau ada stok 50KG buah zuriat ni.. tapi tak tahulah sekarang ni ada lagi atau tak.. apa pon korang boleh rujuk blog beliau di http://herbazuriat.blogspot.com atau hubungi terus di 019-912 6450.

Apa yang aku nak ingatkan.. tak lama lagi sebenarnya nak musim Haji.. so sapa-sapa yang ada saudara mara yang akan pergi mengerjakan Haji ke Tanah suci Mekkah tu.. bolehlah kirim beli dekat sana.. sebab setahu aku buah Zuriat ni hanya ada ditanam dan dijual di Mekkah sahaja.

Kita ni hanya berusaha je.. zuriat ni semua ketentuan dari yang maha esa.. yang penting kita jangan putus asa berdoa dan sentiasa berusaha.. semoga apa yang kita hajatkan tu akan dimakbulkan.

Tidak dinafikan isu zuriat ni satu benda yang sangat sensetif.. tapi kekadang tu ada juga orang yang tak memahami.. kalau boleh andai dah tengok pasangan tu dah bertahun kawin dan belum dapat lagi cahaya mata.. sebaiknya tak payahlah tanya pasangan tu dengan soalan “Bila lagi nak dapat anak?”

Ramai pasangan sebenarnya bila tak dapat anak lagi dan di ajukan dengan soalan tu kekadang berkecil hati.. terus terang aku katakan selama setahun soalan tulah yang sering kali diajukan.. sampaikan kekang tu wife aku malas nak balik kampung … bukan sebab apa.. sebab malas nak jawab soalan-soalan yang isu sensetif ni.

myvitrd junior

Alhamdulilah berkat doa dan usaha kami berdua selama setahun.. dan juga doa-doa kalian.. akhirnya berjaya juga… hehehe.. Tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran anak sulang kami pada hujung tahun ni.. Doa-doakanlah ye semoga semua selamat nanti.

Pagi tadi cik malarang dah bagi reminder dekat aku.. “Abg jangan lupa ye.. 25hb ni kita ada check-up”.. aku toleh senyum je.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. member WR pun ramai yang mencari buah nie....

    BalasPadam
  2. tahniah3!! tak lama lagi bergelar ayah dah...baru tau psl buah zuriat ni...thanx for the info...nanti nak bagitau member...

    BalasPadam
  3. tahniah utk bakal ayah n terima kasih utk info buah zuriat ni.

    BalasPadam
  4. @IEyla : terima kasih

    @W.R : buah ni dekat mekah je.. tapi kalau nak beli ada orang jual..

    @Bajukurung : sama-sama.. terima kasih doakan kami sekeluarga

    @Denaihati : sama-sama.. ada info boleh je berkongsi bersama

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,

    Saya nak share ni, minta izin yer admin. InshaAllah suami saya akan pulang dari Mesir hujung bulan ni. Dia akan bawa buah zuriat yang telah diproses. Tak payah lah nak ketuk dengan lesung batu lagi.
    Harganya maaf saya tak tau lagi. Produk lain, inshaAllah seeds habatussauda, Baraka Capsule oil habatussauda, kasut, scarf dll. Kalau ada yang minat jemput la ke website saya yer
    http://norazlina.pomepureasia.com
    kat pomepure ni tengah ada promosi hebat 2 hari je tinggal

    http://al-mansoura.webs.com/

    jemput la yer

    tq admin and all

    BalasPadam
  6. Salam maaf yer admin nak buat correction link

    http://www.norazlina.pomepureasia.com

    http://www.al-mansoura.webs.com/


    tq
    noorulemaan@yahoo.com

    BalasPadam
  7. @noor : nak share apa2 info takda masalah ambil je.

    BalasPadam
  8. Macam Myra dah mangli dengan soalan 'Bila nak ada anak ni?' 'Merancang ke?' 'Tak pcheck ke?'
    Sedih??? siapa yang tak sedih, cuma senyuman yang mampu dibalas

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..