Check-UP Minggu Ke-23

8/26/2011 06:36:00 PG , , 2 Comments


Salam ramadan semua,

Rasanya ni kali pertama aku nak buka cerita pasal perkembangan diri Cik Malarang, mungkin selama ni aku cuma ada bagi bayangan je.. tapi sekarang rasanya tiada lagi rahsia… hehehe.. Sebenarnya bukan aku nak berahsia tapi mungkin masa tu terlalu awal lagi.. tapi sekarang rasanya dah sesuai untuk bercerita sedikit perkembangan kehidupan kami berdua.. Mungkin ada yang dah tahu & dan ada juga yang belum tahu.

Alhamdulillah tak lama lagi aku dah nak bergelar ayah..hehehe.. semoga semuanya selamat dan sentiasa sihat hendaknya..

Jadi semalam aku dah bawa cik malarang ke Poliklinik Yazmeen dan Mahanum di TTDI untuk buat check-up kali ke-5 (dah 5 kali rupanya), klinik yang aku dah gunakan untuk checkup dari awal lagi.

checkup hamil 1

Excited punya pasal aku terlupa yang klinik ni dibuka pada bulan puasa mengikut jadual tertentu.. buka sebelah pagi dari jam 8.30 sampai 3.00 petang dah tu rehat dan buka semula jam 4.00 petang.. tapi aku datang pada jam 3.05 memang klinik tutup.. so nak buang masa aku terpaksa gi ronda-ronda dulu dekat TTDI untuk cari baju raya (sempat lagi tu g cari baju raya.. hahaha).

Jam 4.00 petang terus gi register dekat klinik tu.. dan kita orang merupakan pelanggan pertama.. hampir 30 minit kita orang tunggu baru doktor sampai.. rupanya doktor jam 4.00 tu belum sampai lagi.. 4.30 baru muncul depan pintu… aku siap tertido lagi tunggu.. hehehe.. tapi takpelah janji doktor datanglah kan.

Tak sampai 5 minit lepas doktor sampai nama cik malarang di panggil..terus masuk jumpa doktor.. macam biasalah.. doktor punya soalan..

Doktor : Macammana sekarang ada rasa sakit-sakit tak?

Cik Malarang : Takda doktor semua ok.. cuma kekadang sakit belakang je..

Doktor : ok.. biasanya sakit belakang ni kalau dan minggu ke 30 keatas.. macam mana cara kerja awak dekat opis.. ada duduk depan komputer tak? guna Mouse?

Cik Malarang : ada doktor memang kerja guna komputer

Doktor : ooo.. tulah puncanya.. sebab awak guna komputer..so kalau boleh betulkan cara pegang mause tu ye…

(Ayat yang sama doktor tu cakap masa kita orang checkup bulan lepas) 

Doktor terus check darah tinggi, timbang dan akhir sekali buat scan.. macam biasalah darah tinggi semua ok.. cuma berat turun 0.5kg.. doktor kata takpe.. ni mungkin bulan puasa.

checkup hamil 3

Last sekali mesti buat scan untuk tengok perkembangan baby dalam tu.. doktor kata semua ok.. baby aktif dan sihat.. cuma masa tu kita orang berharap untuk tengok apa jantina baby kami.. tapi baby malu nak tunjuk.. so tak dapat lagi kita orang tahu apa jantinanya.. hehehe..

Sebenarnya cik malarang dah tak sabar nak beli baju-baju baby ni.. setiap kali g shopping complex mesti nak masuk kedai jual peralatan baby.. aku cuma pesan.. tunggu sikit hari lagi ye syg.. baru beli.. orang-orang tua kata tak elok beli terlalu awal.. (Betul ke tu?)

Insyaallah doktor kata checkup lagi sekali baru leh  tengok.. Tak sabar nak tunggu next check-up ni... kata orang kalau dah tahu apa jantina.. dah boleh nak merancang beli pakaian macam manakan.. kang beli2 pakaian lelaki sekali pompuan yg keluar susah juga.. hehehe

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi sampai sini dulu ye.. perkembangan seterusnya akan di update kemudian.. aku nak siap-siap gi koje dulu ni… kalau nak tahu cerita lain korang rajin-rajinlah terjah dalam blog cik malarang... Wasallam.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. TAHNIAH!!! dah 23 minggu... semoga selamat sehingga melahirkan kelak. nnt kabor jantina baby, ek...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..