Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ibuku

5/26/2011 09:26:00 PG , , 4 Comments

 

Assalamualaikum buat ibu mertuaku,

happy birthday momSempena ulang tahun kelahiran ibu hari  ini, Anakanda sekeluarga mengucapkan Happy Birthday buat Ibu. Semoga Ibu sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia,  sentiasa diberi kesihatan berpanjangan dan diberkati Allah S.W.T.

Sebenarnya ucapan dekat atas tu aku tujukan khas buat ibu mertua aku dekat Penang yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini 26/5.

Korang jangan fikir pulak entri aku ni nak bodek2 mertua aku ye.. hehehe.. niat aku iklas tau.. :-) Ibu mertua aku ni memang seorang yang baik dah sentiasa bersikap adil dekat anak2.. Bab agama menjadi keutamaan kepada anak2 dan menantu.

ibu mertuaku

Ibu Mertuaku yang dikasihi

Almaklum jelah selaku menantu pertama so akau rasa ibu mertua aku baik sangat dengan aku.. kekadang sampaikan baju pon dia belikan juga. Beruntung sangat dapat ibu mertua baik macam ni.. : –)

Rasa-rasanya sapa nak isi borang jadi adik ipar aku boleh lagi ni.. sebab ada 2 borang kosong ni.. hahaha.

Apa pon semoga tuhan sentiasa memberi kesihatan kepada ibu mertua aku ni.. insyaallah hujung tahun ni anakanda akan menghadiahkan hadiah istimewa buat ibu nanti.. Semoga ibu sentiasa mendoakan kesihatan kami sekeluarga disini… amin.

memori raya 2010 a Gambar bersama keluarga mertua semasa raya tahun 2010

Nota Pesanan : Ibu mertua ibarat ibu sendiri.. sayangi & kasihi ibu mertua anda seperti ibu anda sendiri.. Selagi mereka masih ada hayat didunia ni berbaktilah kepada mertua anda..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. selamat hari jadi.. moga dimurahkan rezeki makcik dan dilindungiNya.. ameen

    Mana Satu Puting Terbaik Pilihan Anda?

    BalasPadam
  2. heppy bday tuk mak mertua tue.. :)

    BalasPadam
  3. Apa pon semoga tuhan sentiasa memberi kesihatan kepada ibu mertua aku ni.. insyaallah hujung tahun ni anakanda akan menghadiahkan hadiah istimewa buat ibu nanti.. Semoga ibu sentiasa mendoakan kesihatan kami sekeluarga disini… amin.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..