Tuesday, July 6, 2010

AMALAN MENGELAKKAN SANTAU











Tips Menghalang Kecurian


1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri. (mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan). Biarkan kucing jer tidur situ

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdapat di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka). Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (kes terbaru berlaku di Dungun). Alternatif lain...bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka. Alamat tak tidur ler..

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama...) Simpan barang kemas di luar rumah

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert). Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau sometimes alarm tu tak berbunyi

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga! dan marah anda.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing dikawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala) Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita. Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?

10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda. Pastikan handphone ada cukup bateri

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, 991 atau sebagainya. Pastikan nombor2 ini disimpan dlm handphone anda. Kalau boleh hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon. Selain hafal nombor tu..pastikan jugak kredit ada(untuk prepaid user sahaja)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. OK ni

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat2 dlm mail box. Mail box yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah. Jiran pun boleh jadi pencuri per..

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari balai polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda. Kalau dah area tu kerap ada kecurian.. apa kata kita pindah jer...

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri). Jom lambatkan pencuri...

17. Kalau ada anak2 perempuan, sebaik2nya pintu biliknya dikunci dari dalam 20 (sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran. Sebelum kunci.. pastikan pencuri tu belum masuk bilik!

18. Sekurang2 nya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yg ganas. Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat. Ok.. ok..

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua. Nak lagi confident..tukar gril dan pagar baru!

Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

Monday, July 5, 2010

Bukit Gambang Water Park - Part 2


Salam Pagi Semua, Seperti yang aku janji sebelum ni dekat entri aku sebelum ni nak kasi tunjuk gambar dekat Bukit Gambang Water Park kuantan. korang layan beberapa gambar dekat bawah ni..

Pagi Sabtu tu aku dengan syg aku gerak dari umah lebih kurang jam 7.30 pagi singgah berenti rehat dekat RnR Temerloh pahang jam 9.15 pagi. kebetulan time aku berenti sarapan dekat situ rombongan rakan2 aku yang naik bus pon singgah juga rehat dekat RnR Temerloh tu. rombongan dari opis ada 3 bus yang mana lain member aku naik kereta sendiri.

lebih kurang jam 9.45 aku teruskan perjalanan dan sampai ke Bukit Gambang Water Park tu jam
11.oo pagi.

Sampai je terus register untuk masuk kawasan water park tu. mula2 ingat nak mandi tapi kita orang g makan dulu baru g mandi dekat water park tu.


Tempat penginapan

Petang jam 3.00 petang kita orang keluar dari water park tu g check in bilik. member2 yang lain ada yang mandi sampai jam 6.00 petang, maklum je lah jarang2 nak datang sini so dia orang mandi puas2.. dah macam badak air semua dalam tu..hahaha.

Aktiviti sebelah malam pulak kita orang ada dinner bersama Wakil Menteri Besar Pahang. habis je aktiviti dinner ada persembahan pakaian beragam kanak2.. sambil di selang selikan dengan cabutan nombor bertuah untuk peserta yang datang.



Malam ni aku memang bertuah sebab berjaya bawa balik Microwave Oven Jenama panasonic yang berharga RM299.00 masa cabutan bertuah tu. hadiah paling grand malam tu 1 unit TV 42inc dan 3 unit backberry.


Berat gila ni... aku nak lelong sapa nak..hahaha

Habis je makan malam aku dengan syg aku terus g balik bilik sebab nak layan Jerman VS Argetina dengan keputusan 4-0 yang mana Jerman tewaskan Maradona..hahaha

Pagi lepas sarapan aku terus gerak balik ke KL.. so far memang happylah aku sepanjang dekat bukit gambang water park tu.

layan lagi gambar2 dekat bawah ni..


Rumah tempat menginap..memang terbaik..

beratur nak salin pakain mandi...


termenung ye.. tak tahu nak mandi dekat mana ye?... ke takut air ni syg...hehehe

apahal mamat ni pegang towel je.. dah puas jadi badak air?.. hahaha

Friday, July 2, 2010

Keajaiban Mata Ciptaan ALLAH.. MasyaAllah


Salam Petang semua, dihari jumat yang mulia ini aku nak kongsi sama2 keajaiban mata ciptaan Allah..

"Klik Gambar Untuk Gambar Yang Besar"


Cuba lihat pada titik pada kalimah ALLAH selama 10 saat dan alihkan pandangan pada dinding kosong.. lihatlah keajaibannya. ...subhanallah..

rasa sangat KAGUM dagan ilusi mata kurniaanNya ini..

Kepada yang dah melihat keajaiban ini sila tinggalkan komen apa yang anda lihat.

Thursday, July 1, 2010

Bukit Gambang Water Park - Part 1


Salam malam semua, tak sabar rasanya aku dgn syg aku nak joint Family day tempat kerja aku dekat Bukit Gambang Water Park hujung minggu ni (3 & 4 /7/2010).

ni kira kali pertama aku joint family day tempat keje aku, sebab sebelum ni belum berkeluarga lagi so aku tak jointlah..hehehe.

petang tadi aku dah ambil goodies satu beg. korang tegok jelah goodies yang aku dah dapat ni..













oklah part 2 akan bersambung sekembalinya pulang dari gambang nanti.... tunggu...

Ada Masalah Dengan Gengblogger Sapa Boleh Tolong


Salam Pagi semua, pagi ni aku nak tanya pasal kenapa aku tak boleh nak login dalam gengblogger? ada sapa2 rakan2 kita yang menghadapi masalah yang sama tak macam aku.

bila aku klik pada LOGIN dan masukkan username dan password, page yang akan keluar adalah seperti diatas.

Persoalan adakan aku sorang yang menghadapi masalah ini? atau mungkin PC aku kena Virus?

Aku dah cuba guna IE, FireFox, Crome semua sama je.. still keluar page macam dekat atas tu bila aku masukkan username dan password.

Minta bantuan pakar tolong aku.. lagi bagus kalau admin gengblogger tolong jawab.

Wednesday, June 30, 2010

[ Gambar ] Wanita Mati Di Serang Jerung

Salam petang semua, mungkin anda semua pernah nampak jerung, tapi pernah tak anda melihat bagaimana rupa mangsa serangan jerung. yang kita pernah nampak dekat filem Jaws dekat tv je.. sekarang korang tengok keadaan mangsa serangan jerung dibawah.

Pesanan :
kepada yang lemah semangat dinasihatkan tidak melihat gambar dibawah.


+
+

+
+

+
+

Awas Jika anda takut jadi mangsa serangan jerung, jangan mandi di kawasan laut yang ada jerung

+
+

+
+

+
+

+
+






Tuesday, June 29, 2010

Hati-hati Dengan Barangan Ini

Astaghfarlah kita banyak2. Entah berapa kilo dan benda2 ni espsecially buah Lychee tu yg dah kita telan dgn begitu lazat.Tau-tau adalak campur benda2 haramtu..

Tak tau nak makan apa dah. macam2 lani..makan biscuti ada melamine.. makan buah2 dlm tin ada extract khinzirlah.

Apapun kita hati2lah jgn beli dan suapkan ke mulut kita dan anak2.




KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.

JAKIM telah menghantar
surat pada semua retailer supaya tutup tanda halal pada produk tersebut.

"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
website


http://www.halaljakim.gov.my/

Nuffnang Kotakan Janji

Salam pagi semua, pagi2 ni aku tak nak cerita panjang .. cuma nak ucapkan terima kasih kepada pihak nuffnang sebab dah kembalikan status geli2 aku.. tq nuffnang.

sementara kepada pengunjung yang rajin klik iklan2 aku tq juga diucapkan kerana pagi ni semua jenis iklan aku mendapat 5 bintang seperti gambar dekat atas tu.. diharapkan dengan bintang2 berkelipan tu, pihak nuffnang lagi banyak bagi buffered earning dalam blog aku.

tq aku ucapkan kepada anda semua, teruskan blogging tanpa kenal erti putus asa.

Monday, June 28, 2010

Bagaimana Menghargai Pengunjung Blogwalking Anda

Salam petang semua, hari ni aku nak kongsi sedikit pengalaman aku sepanjang aku buat blogwalking waktu aku takda buat apa2 entri.

Cerita aku kali ni ialah "Bagaimana menghargai pengunjung Blogwalking kita", apa kaedah korang buat jika pengunjung membuat blogwalking didalam blog anda.

Aku berpegang pada satu perinsip iaitu buat baik dibalas baik & buat jahat dibalas jahat. maksudnya kalau kita rajin membuat blogwalking ke blog2 sahabat kita, insyaallah rakan2 kita tidak kedekut untuk melawat kita kembali sambil baca entri kita.

Apa perasaan korang kalau entri yang kau orang buat panjang berjela yang mengharapkan ada pembaca dan pengomen yang datang, tetapi sebaliknya, tentu kecewakan.

so korang cuba buat satu entri yang boleh menarik minat pengunjung nak baca dan nak komen.

seperkara lagi apa yang aku buat untuk menghargai pengunjung blog aku ialah mana2 yang tinggalkan komen dalam ruangan shoutbox tu akan aku lawati semula semuanya yang meninggalkan jejak disitu dalam tempoh 24 jam yang lepas. bermakna jika komen terakhir dalam shoutbox tu jam 9.00 pagi maka semua pengunjung dari jam 9.00 pagi semalam akan aku lawati semula.

itu cara yang aku guna untuk menghargai pengunjung blogwalking aku.

korang pulak macam mana? kongsi dalam ruangan komen dibawah.

Sunday, June 27, 2010

Durian Balik Pulau Penang

Salam Petang semua, hujung minggu kali ni cuti aku memang menyeronokkan sebab kebetulan balik kampung mertua durian dekat balik pulau penang tengah gugur.

Apa lagi pagi sabtu aktiviti aku dengan syg aku g terjah pokok durian dekat kebun mertua aku. ni pon pergi dah lewat sebab kata mertua aku, kekadang kalau g lewat orang lain dah masuk dulu g ambil. sebab tu pepagi aku dah g mencari durian yang gugur dekat kebun mertua aku.

dekat bawah ni ada beberapa gambar yang korang boleh tengok sepanjang aku dekat dusun tu..
ok layan gambar dekat bawah.

Haaa.. ni masa mula menjejakkan kaki dalam kebun, aktiviti cari kot2 ada raja buah yang gugur, bakul kosong lagi tu..



mamat dekat atas tu dah macam pemburu harta Yamashita je..hahaha


setelah hampir setengah jam pusing dalam kebun ni jelah hasilnya.. sebab kita orang lambat sampai dah ada orang g kutip awal2 pagi..huhu..


ni yang paling kurang asam, pencuri durian makan durian sambil tinggalkan kulit je dekat tn. kebun. kurang ajar betul.. kalau aku jumpa aku baling dengan kulit durian ni..


akhirnya buah pertama yang pemburu jumpai.. bangga gila masa jumpa harta yamashita ni.. hehehe


Dari tadi asik usung bakul kosong je.. bila nak penuh ni.. huhu, banyak nyamuk..


hahaha.. akhirnya pemburu jumpa lagi buah...


akhirnya pemburu berjaya menyumpai harta karun ni.. jadilah janji ada wat lepas gian.. hehehe

haaaa.. nilah pokok yang menghasilkan buah yang banyak.. awas.. tengah pemburu jalan2 cari buah, tiba2 sebiji buah jatuh dari langit.. nasib baik sempat mengelak.. kalau tak balik kl dengan kepala berbalutlah jawabnya..

Saturday, June 26, 2010

Beza Penjara Dengan Tempat Kerja

Salam Tengahari semua, dekat bawah aku nak kongsi dengan korang mana yang seronok, duduk dalam penjara @ duduk dekat tempat kerja.

Korang boleh pilih lepas baca perbezaan tersebut.





Humm?

Mana tempat lebih baik ????

tunggu apa lagi .........






Kill your Manager ????!!!

10 Buffered Earning Bertukar Jadi Metered Earning Di kala Status Ordinary(non-exclusive)


Salam pagi semua, semua orang kalau dengan je buffered earning mesti suka dan senyum melebar je. Bila BE bertukar jadi metered earning pulak kira pendapatan tu dah confirm kita punya.

Tapi bagi aku sedih sikit sebab time BE aku jadi Metered earning aku punya status member nuffnang bukan berstatus Glitterati. kalau korang nak tahu kena jadi macam tu baca dekat sini "Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Pihak Nuffnang".

memang aku tak sangka time2 nilah dia jadi metered earning time pendapatan dibayar separuh je..huhu.. tapi takpelah mungkin rezeki aku kali ni setakat tu je.

Paling Teras iklan "SIC Super GT LB" tu sebab sebelum ni earning dia lebih dari RM2x.xx, tapi bila dah jadi metered earning terus jadi RM1x.xx.

kata orang mungkin rezeki aku takda dekat campaign ni. mungkin ada campaign lagi mahal menanti aku.. amin.

korang yang pernah diturunkan status pernah tak merasai BE korang jadi ME bila status dah tak jadi Glitterati.. komen sikit.

Friday, June 25, 2010

Jawapan Dari Pihak Nuffnang - Status Glitterati

Salam tengahari semua, seperti yang aku janjikan tadi jika email aku dibalas oleh pihak nuffnang berkaitan hilangnya status Glitterati akan aku kongsi bersama dengan blogger2 semua.

berikut adalah jawapan dari pihak nuffnang

Glitterati membership is an automated process. It's given automatically to a blogger's account if all his/her blog(s) registered with us serve Nuffnang ads publicly at all times and none from our competitors. In addition to that, the registered blog(s) should also be active and has at least 1 visitor in each day or else our crawler will mark it as a spam blog and this will affect your membership status. Should your blog be free from any conflicting activities, you'll receive your Glitterati membership in 4 days time.

Your membership status is affected because your blog http://jangancubateka.blogspot.com/ has codes/links from Youthsays.com which is our competitor. Kindly remove all their links/codes and you'll be Glitterati again in due time.
Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations Executive

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my

dari email tu baru aku faham betulah kata kawan2 dalam komen dekat bawah tu Youthsays ni adalah pesaing kepada nuffnang.. so jangan letak link dia daalm blog anda kalau anda sygkan status Glitterati anda.

Aku harap info diatas kita dapat kongsi bersama.

Permohonan Maaf Secara Terbuka Kepada Pihak Nuffnang



Salam pagi semua rakan2 blogger sekalian, pagi ni dikala semua orang bergembira mendapat Buffered earning kini aku pulak bersedih tanpa keluar air mata kerana aku telah diturunkan pangkat dari Glitterati kepada Ordinary (non-exclusive).

Punca kenapa? aku sendiri kurang pasti sebab semalam status aku masih Glitterati.

Kalau setakat tukar status je takpe rakan2 sekalian, ianya telah menjejaskan pendapatan dalam Buffered earning aku yang tengah berjalan sekarang ni lebih kurang 13 BE dari 4 blog aku.

Semua hasil pendapatan yang semalam ada RM20 telah menjadi Rm10 iaitu separuh dipotong hasil pendapatan aku. korang kira je sendiri kalau ada 13 BE tengah berjalan sekarang ni.. huhuhu..

Apa yang aku mampu agak puncanya ada dari aku meletakkan banner iklan loginwang dalam blog aku seperti banner dibawah. itu hanya ramalan aku. tapi jika benar kepada yang belum lagi diturunkan status lebih baik korang buang banner login wang tu sekarang..... jangan nak bertangguh sampai tengahari atau esok. Menyesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna.


BUANG BANNER NI DARI BLOG ANDA JIKA ADA..

Aku baru je hantar email kepada pihak nuffnang untuk bertanyakan hal status aku, dan jika ada maklum balas dari pihak nuffnang akan aku publishkan dalam blog aku ni.

Kepada pihak nuffnang aku meminta maaf secara terbuka jika ini adalah satu kesalahan yang menyebabkan status aku diturunkan.

kepada rakan2 blogger diluar sana yang banyak iklan pesaing kepada nuffnang jika tak nak diturunkan status ingat jangan madukan nuffnang.

akan aku jadikan ini sebagai pengajaran untuk aku terus setia kepada nuffnang dan ianya takkan sesekali untuk mematahkan semangat aku untuk terus berblog sampai lebam.

sokongan rakan2 dan yang tersayang akan menguatkan lagi semangat aku.. Cayooooo..

Artikal Terdahulu

Catatan Popular Bulan Ini