Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-53


Salam pagi semua, diketika entri aku ini korang baca tentu korang tahu hari ini hari apa? hari ini merupakan genap negara kita Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-53.

apa yang kita inginkan setelah negara merdeka 53 tahun rakyat yang ada dimalaysia ini juga perlulah merdeka juga dari segi pelbagai aspek, sosial, ekonomi dan agama.

tiada gunanya negera sahaja merdeka 53 tahun tetapi rakyat malaysia masih lagi dijajah dari segi minda dan pemikiran.

kenangkanlah semangat perjuagan pemimpin-pemimpin terdahulu yang berkorban demi memerdekakan negara kita. jangan biarkan sekali lagi negara kita dijajah oleh pihak luar samada dari segi ekonomi, minda dan agama.

dikesempatan ini aku ucapkan kepada seluruh rakyat malaysia selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-53. sedekahkanlah Al-fatihah kepada pejuang2 dahulu kala yang sudah tiada... Al-Fatihah..

Sedikit infomasi, tahukah anda?

Jalur Gemilang : Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir. [Rujuk Terperinci]

Stadium Merdeka : Pada 15 Feb 1956, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra telah meletakkan batu asas bagi Stadium Merdeka di Kuala Lumpur yang merupakan stadium pertama di negara ini dan bakal menjadi gelanggang untuk upacara Pengisytiharan Kemerdekaan. Stadium yang mempunyai 22,000 tempat duduk itu direkabentuk oleh Pengarah Kerja Raya ketika itu SE Jewkes. Kerja-kerja pembinaannya diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya mulai Julai tahun yang sama dan disiapkan dalam masa setahun.




online counter
Tagged as : Ulang tahun kemerdekaan ke-53, Malaysia Merdeka 2010

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Selamat Hari Kemerdekaan Ke 53.. :)
    penjajahan pemikiran jauh lebih merbahaya. tapi tak nampak pulak usaha yg serius sedang dijalankan :(

    BalasPadam
  2. nice.... info.tak sangka lak diorang buat pertandingan dulu....untuk bendera....agak2 aper la hadiah yee

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..