Penat Satu Badan

8/16/2010 08:43:00 PG , , 2 Comments

Salam pagi semua,

Kebetulan semalam aku bekerja shif petang masuk jam 4.00 ptg sampai 12.00 mlm.. huhu memang mengantuklah dibuatnya. ari ni awal2 pagi je aku dah bangun siapkan juadah bersahur untuk aku dan wife tersyg aku. kesian aku tengok wife aku.. sebab dia pon penat juga so aku bagi dia rehat dulu sebelum aku kejut dia, maklum je lah kalau aku g keje dekat opis aku dia mesti ikut sekali..

kata orang syg bini aku tak tinggal2kan.. hehehe.

subuh2 jam 4.30 aku dah bangun masak apa yang patut untuk sahur.. nasi aku dah masak masa balik keje sebelah malam, so lauk2 masak2 yang simple2 je.

siap je aku hidang semua makanan aku kejut wife aku bangun bersahur.. selalu dia yang kejut aku.. kali ni aku saja buat suprise nak kejut dia pulak.

habis makan je.. kemas2 pinggan semua.. tiba2 aku rasa pasal apa aku rasa kaki sejuk je.. rupanya air melimpah masuk rumah aku pulak.. ohhhhhhhhh tidak.. apa lagi aku berlari lah tengok dekat laluan air dekat singki tu, rupanya saluran air aku sumbat.. aduh satu keje pulak aku nak repair.

mula2 memang takda idea aku nak buat macam mana.. wife aku pon termenung je terperanjat tengok nak buat apa ni.. sekali aku masuk dalam bilik aku tertengok ada pelocok rupanya.. huuuuu lega aku rasa sebab benda ni je boleh menyelamatkan keadaan. apa lagi jagi kontraktor lah aku pagi2 buta ni.. nasib baik laluan air yang tersumbat tu boleh diselamatkan lagi.. lega aku rasa.. makin lama air makin kurang yang bertakung dalam umah tadi..

habis aku bersihkan air dekat rumah tu.. terus aku mandi2 ngan solat dah tu siap2 g keje.. wife aku pon sama juga.. sementara aku tunggu dia siap2 bersolek aku sempat melayan internet hehehe..

sebelum jam 7.45 aku dah gerak g opis antar wife aku dulu baru terus gerak g koje.. sebelum jam 8.00 tadi aku dah sampai opis.. kira bulan puasa ni rekod kedatangan aku bagus sikit.. awal je.. hehehe.. kalau tak asik terlewat je dengan jam..

sekarang ni dah masuk waktu koje sempatlah aku buat satu entri sebelum aku nak g sambung koje aku.. oklah ada cerita aku sembang lagi.. wasalam selamat berpuasa semua..

p/s : jangan korek lombong nanti batal puasa tau..hahahaha..


Tagged as : Penat, letih, mengantuk

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. tq selamat berpuasa unutk anda yg dtg mengomen disini

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..