Apa Aku Buat Hari Sabtu?

4/04/2010 06:59:00 PG , , , , 0 Comments

Nak d katakan hampir setiap ujung minggu aku dengan syg aku ni mesti sebuk dekat umah atau keluar g program jalan2 cari makan..

Semalam je sehari suntuk padat dengan aktivi2 berfaedah..hahaha.

Bangun je seawal pagi2, kita orang dah bincang nak masak apa. lepas siap bincang kita orang terus g kedai basah beli bahan2 mentah untuk d masak. kebetulan dekat kawasan umah aku ni memang ada kedai pasar mini kecik, s0 senanglah aku dengan syg aku ni nak g shoping kecil2lan..kalau nak shoping besar kena g tesco..hahaha.

3 jenis lauk yang berjaya kami masak bersama2, daging masak kicap, tomyam & kari ayam power.

gambar dekat bawah ni sebahagian bahan2 mentah yang dah ready nak masak tu. cuma yang dah masak tak sempat nak ambil gambar sebab nak cepat keluar umah ada program dekat luar. kita orang masak ni sebenarnya untuk makan malam. sbb ada 2 orang sepupu syg aku nak bermalam dekat umah, so kami berdua masak memang siap2. sbb balik nanti terus je nak makan. heheehe.




bahan2 mentah yang dh siap cuci



nilah dia kobes bunga dari cameron highland


ikan dengan daging ayam yang dah bersih




yang ni lobak dengan jagung muda

Habis je kita orang masak, siap2 mandi ngan solat aku terus keluar dengan sayang aku g ambil adik ipar aku dekat bangsar sbb nak g tengok pameran Sony Digital dekat MidVelly, Bangsar.
Lepas ambil adik ipar aku, kita orang terus g midvelly, sbb sorang lagi sepupu wife aku tunggu dekat sana nak join kita orang.
sampai2 je dekat sana, biasalah dia orang dah jumpa orang kampung sembang terus, sampai ular lalu sebelah pon tak perasan..hahaha.
sebelum g pameran sony digital tu aku bawa sepupu syg aku ni g kedai maxis, sbb dia nak cari broadband untuk guna dekat tempat study dia. siap urusan beli broadband terus g tengok pameran.
memang ramai gila orang, semua produk jenama sony ada dekat situ. kalau korang nak g tengok bolehlah g tengok ari ni.. g cepat...hahaha.
lebih kurang jam 5.30 petang lepas solat kita orang terus g PWTC pulak sebab dia orang nak g tengok Pameran Kasut Antarabangsa. pameran tu dari 1-4bh april 2010, so kalau nak tengok kasut leh g sana dekat tingkat empat.
sampai sana je..waoooo banyaknya kasut yang exited orang2 pompuan nilah.. syg aku tak beli apa2 pon dekat sana jus tengok2 je..kasut lelaki pon banyak juga. tapi mejoriti kasut pompuanlah.




ni aku dekat midvelly, test Digital Camera Baru beli, adik aku punya




Ruang legar Tkt.4 PWTC

Pintu utama dekat pameran Kasut tu, besar tak kasut atas aku ni..hahaha

Jam 7.30 malam, kita orang terus keluar dari PWTC n terus g solat. habis je semua solat kita orang terus balik umah rehat. maklum jelah sehari suntuk berjalan, makan so semua dah penat termasuk driver..hahaha.
lebih kurang jam 8.15 malam sampai umah, n terus siap2kan makanan yang kita orang masak tadi pagi untuk makan. rupanya semua dah kelaparan..huhu..kesian adik2 ipar aku, sepupu wife aku dengan wife aku.
siap je semua makan, lepak jab tengok tv sambil tengok2 internet guna broadband maxis yang baru beli tadi. tak lama lepas tu aku pon terus g buat taik mata.hahaha.
memang aku enjoy dengan program aku sehari di hari sabtu.. program ahad ada lagi, nak tahu apa tungguuuuuuuuuuuu post berikutnya...

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..