Perangkap Lipas Dalam Kereta Tanpa Kos

5/10/2017 12:04:00 PTG , 0 Comments

Macam-macam cara dah buat untuk halau, buang dan matikan lipas dalam kereta yang bersarang 7 keturunan ni.. tapi kebanyakkannya semua gagal..

Lepas buat google maka jumpalah satu cara yang sorang akak ni ajar guna bahan-bahan terbuang dekat dapur..

Bahan-bahan yang diperlukan..

1-Minyak masak terpakai yang nak dibuang
2-Sedikit majerin @ planta
3-Sedikit susu @ belacan
4-Bekas @ balang terpakai

Campurkan semua bahan 1-3 dalam bekas dan letakkan dalam mana-mana sudut dalam kereta.. 



Sebaiknya letakkan semalaman dalam kereta.. dan hasilnya anda sendiri takkan menyangka hasil dapatan dalam bekas @ balang yang ada campuran minyak terpakai tadi..


Nilah hasil yang kami dapat 13 ekor bapak, emak, anak dan cucu lipas mati kelemasan dalam bekas ni..

Selamat mencuba rakan-rakan semua.. pastikan jangan pulak terpijak bekas yang disimpan dalam kereta tu.. nanti cerita lain pulak jadi.. hehehe.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..