BUKU BAJET Dari AKPK

3/21/2016 02:30:00 PTG , 0 Comments


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Alhamdulillah minggu lepas sempat luangkan masa lebih kurang 3 jam taklimat pengurusan kewangan bersama agensi AKPK di pejabat. Kebetulan aku memang berminat bab pengurusan kewangan, pelaburan dan apa sahaja yang berkaitan dengan DUIT kecuali skim cepat kaya. Jadinya dah dapat peluang AKPK datang buat taklimat dekat pejabat kita dengarlah info yang berguna ni.

Kalau korang semua belum tahu apa itu AKPK boleh google sahaja.. banyak telah diterangkan di internet tentang AKPK ni.. tapi tak kurangnya juga orang takut dengan AKPK ni.. sebab ada yang kata bila dah join program AKPK ni kita akan di senarai hitamkan dari membuat apa-apa lagi pinjaman yang dikawal selia oleh Bank Negara..

Kalau ikutkan logik sekiranya kita mempunyai masalah kewangan untuk membayar hutang pinjaman.. kita sebenarnya dah disenarai hitamkan dari membuat sebarang pinjaman dibank... mana tidaknya.. hutang sedia ada pun tak mampu nak bayar inikan pula nak buat hutang baru.. memang sukar pihak bank nak bagi pinjam.

Semasa pegawai AKPK tu berikan taklimat adalah diedarkan beberapa buat buku nota bertajuk "BUKU BAJET" kepada peserta yang datang.. so dalam ramai-ramai yang datang tu aku kira bertuah sebab dapat satu buku nota tersebut.. sebab yang dapat buku ni hanya peserta yang berjaya jawab soalan yang diajukan..



Menarik buku ni.. diluarnya ada dibuatkan peta minda.. kalau korang perasan dalam peta minda tu ada disenaraikan peratusan jumlah perbelanjaan yang perlu kita buat setiap kali kita dapat gaji bulanan.

Simpanan - 10%
Pembiayaan Pinjaman - 40%
Perbelanjaan Boleh Ubah - 20%
Perbelanjaan Tetap - 20%
Perbelanjaan Budi Bicara - 10%

Korang rasa setiap bulan jumlah gaji korang dibelanjakan kepada jenis yang mana.. dan rata-rata golongan yang makan gaji ni menurut pegawai AKPK banyak dibelanjakan kepada Pembiayaan Pinjaman.. terutama pinjaman peribadi.. betul atau tidak.. cuba semak perbelanjaan anda lepas ni.. dan kebanyakkan orang baki gaji setelah ditolak semua jenis perbelanjaan baru dijadikan simpanan.. kalau baki gaji negatif memang tidak akan ada tabungan simpanan yang dibuat.

Kaedah yang betul menurut pegawai AKPK adalah  tabung simpanan ditolak terlebih dahulu 10% dari gaji bersih. contohnya kalau gaji bersih di penyata gaji adalah RM2000.. maka RM200 akan ditolak terlebih dahulu dan dijadikan sebagai simpanan.. baki RM1800 akan dibahagikan kepada pecahan-pecahan perbelanjaan yang dibuat didalam peta minda diatas.  




Contoh pengiraan bajet setiap bulan...


Berikut sedikit tips yang berikan oleh pihak AKPK didalam taklimat beliau.


Bagi sesiapa sahaja yang sedang atau bakal menghadapi masalah kewangan.. jangan malu-malu untuk berkunjung atau menghubungi pegawai AKPK yang berhampiran dengan lokasi korang.. mereka pasti akan membantu anda untuk merangka menyelesaikan masalah kewangan yang sedang dihadapi..

"Tiada masalah yang tidak ada jalan penyelesaiannya kecuali MATI"

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..