Upgrade Pakej Celcom Ke FIRST GOLD | 10GB Internet + Unlimited Calls & SMS

2/11/2016 02:00:00 PTG , 1 Comments


Alhamdulillah selesai urusan di Celcom Center hari ni.. dah lama aku fikir nak tukar plan celcom pospaid aku ni.. tapi di sebabkan tiada pakej yang aku rasa menarik masa tu.. jadinya berkali-kali aku tangguh untuk langgan pakej Data yang ada internet ni.

Kebetulan bulan ni aku buka website Celcom dan ternampak ada satu pakej yang boleh dikira menarik dan berbaloi untuk kegunaan harian aku.. aku baca.. semak dan kaji.. rasanya pakej promosi First Gold ni sesuai dengan aku.. Kalau sebelum ni pakej First Gold ni dikenakan bayaran langganan bulanan sebanyak RM100 (tidak termasuk GST) sekarang telah dikurangkan kepada RM80 (tidak termasuk GST).. yang mana menariknya pakej ini adalah pakej data diberikan 10GB yang mana 5GB untuk penggunaan harian dan 5GB untuk penggunaan mingguan (sabtu dan ahad). manakala untuk panggilan telefon dan sms diberikan percuma ke semua rangkaian telefon tempatan.

Sebelum terlupa pakej ini tiada kontrak.. sebab kalau ada kontrak susah kita nak tukar ke Plan yang lain pada masa akan datang..





Untuk makluman pakej yang ditawarkan ini terhad sehingga hujung bulan Mac 2016 sahaja.. selepas tu berkemungkinan tiada lagi pakej seumpanya ditawarkan seperti yang dimakluman oleh pihak celcom tadi.

Jadi sekiranya bill bulanan anda yang anda bayar pada masa ini melebihi RM100 ada baiknya anda tukar ke pajek baru ini.. so bolehlah dapat penjimatan setiap bulan.. disamping melayari internet sepanjang masa.

Selagi boleh buat penjimatan kita buat penjimatan perbelanjaan kita..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. suami sy baru tukar ke pakej ni jugak..senang katanya nk gayut ng puan isteri nya ini.hehe

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..