Kacang Panjang Renek Dan Bendi Merah

9/20/2015 12:13:00 PTG , 2 Comments

Lama tak menulis dalam blog ni... hari nak share sikit pasal hasil cucuk tanam tepi rumah family mertua di Penang... aku dari kecik lagi memang family dah dedahkan dengan kebun... bila sebut kebun je... dari pokok kelapa sawit.. kelapa.. pinang.. koko.. pisang... sayur semua aku dah rasa tanam dan tuai hasilnya masa aku masih bersekolah dulu...
Bila dah start pindah KL ni.. memang takda ruang nak bercucuk tanam.. sebab persekitaran rumah apartment memang takda tanah nak bercucuk tanam.... kalau ada pun tanam dalam pasu... itu pun susah nak jadi sebab kurang cahaya matahari..
Jadinya bila dapat peluang balik kampung mertua.. memang selalulah lepaskan gian masuk kebun mertua.. tanam jelah apa yang dirasa nak tanam... hehe..
Kebetulan beberapa bulan yang lepas family mertua ada pergi melawat kawan dekat Kedah dan sebelum balik tu dia bagilah beberapa biji benih... yang ada sebahagian tu aku kenallah... macam biji benih kacang panjang.. bendi dan cili...
Tapi tak sangka pulak bila biji benih yang aku tanam di tepi rumah mertua ni keluarkan hasil yang lain dari yang aku jangka..
Macam kacang panjang yang ditanam... sebahagian tak menjalar dah berbuah pulak dalam keadaan pokok yang rendah.. bila aku google rupanya sebahagian benih tu adalah dari kacang panjang jenis renek..
Yang bendi pulak.. selalu aku nampak bendi hijau... tapi kali ni beberapa pokok bendi keluar buah warna merah... yang sememangnya pertama kali aku nampak..
Di sebabkan dah keluar hasil beberapa sayur yang ditanam aku bercadang nak jadikan benih beberapa buah yang tua nanti... senang lepas ni kalau nak tanam dekat umah family aku dekat johor pulak...
Seronok sebenarnya bila pokok yang ditanam membuahkan hasil yang banyak.. boleh kongsi rezeki hasilnya dengan sanak saudara dan jiran-jiran...














posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. wah, dah boleh jual ni..hehehe

    BalasPadam
  2. bendi merah? kenapa warna merah erk..x pernah jumpa plak

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..