Harraz Belajar Iqra

6/08/2015 02:40:00 PTG 1 Comments





Sudah 6 bulan dihantar ke sekolah tadika Little Caliphs.. banyak perubahan yang boleh dilihat dari sebelum dihantar ke sekolah sampailah dah lebih 6 bulan disekolah.. dari tak boleh baca Al-Fatihah sekarang dah boleh baca.. terbaru dah boleh baca surah Al-Ikhlas... 

Kalau tengok kecenderungan memang suka sangat mewarna.. kalau belikan buku warna.. sehari je dia warnakan satu buku tu.. hehehe.. yang kena mama dengan daddylah asik kena korek pensel warnanya..

Sekarang ni nak cuba ajar dia mengaji.. nak ajar dari iqra.. semalam ada cuba-cuba.. nampaknya apa yang dia belajar dekat sekolah ada yang dia dah kenal beberapa huruf.. alif ba dan ta.. penyudahnya dia pulak yang jadi cikgu dah tu suruh kita baca.. hehehe..

Nak ajar anak ni memang banyak cabaranya.. kalau tak sabar memang tak boleh.. semoga aku sekeluarga terus diberi ketabahan dalam mendidik anak aku menjadi anak yang soleh.. amin

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..