Pengalaman Pertama Balik Penang Naik AirAsia

3/05/2015 11:59:00 PG , , , 2 Comments

 

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog myvitrd ni.. maaf dipinta kerana tuan empunya blog ni semakin hari semakin jarang mengupdate cerita dalam ni.. tapi takpe insyallah kalau ada masa terluang akan di updatekan cerita-cerita kehidupan kami sekeluarga dalam ni..

Cerita dekat bawah ni adalah cerita yang dah basi aku kira kerana dah berlalu 2 bulan tapi baru ada kesempatan nak mengupdate dalam blog ni..

Kalau sebelum ni setiap kali kami balik ke Penang pastinya kereta rasmi keluarga yang kami akan gunakan.. belum pernah lagi naik bus balik ke Utara.. tapi kali ini kami beranikan diri balik ke Utara dengan menggunakan pengangkutan udara.. kebetulan tarikh yang cik isteri kena balik ke Penang tu adalah tarikh promosi tiket AirAsia so nak jadikan cerita cik isteri bookinglah 3 tiket 2 dewasa 1 kanak2 yang semuanya berharga dalam RM21x.xx sahaja termasuk kos bagasi dan tiket pergi balik untuk seorang..

Biasanya Kalau balik ke utara tak cukup RM300 kami belanjakan untuk pergi dan balik.. kiranya kalau naik kapal terbang kali ni kami dapat jimat wang, masa dan tenaga.

Jadinya perancangan kami adalah naik kereta ke Putrajaya dan parking disana seterusnya ambil pengankutan KLIA Express terus ke KLIA2.. sebabnya kos untuk parking kereta di KLIA2 sehari sangat mahal iaitu RM46 sehari sedangkan di Putrajaya Sentral hanya RM4 sehari.

parking_putrajaya_1

Kadar bayaran parking di Putrajaya Sentral

parking_putrajaya_2

Posing dulu sebelum meninggalkan tempat parking.. doa banyak-banyak supaya takda apa-apa perkara buruk berlaku dekat kenderaan yang diparking disini..

parking_putrajaya_3

menuju ke kaunter tiket KLIA transit untuk beli tiket ke KLIA2

parking_putrajaya_5

kadar bayaran tiket ke KLIA2… 2 dewasa 1 kanak-kanak

parking_putrajaya_4

Tak sampai 10 minit train ke KLIA2 sampai…

airasia_klia2_1

setibanya di KLIA2

airasia_klia2_2

Selamat datang ke KLIA2

airasia_klia2_3

selepas buat check-in terus menuju ke ruang menunggu untuk masuk ke dalam kapal terbang

airasia_klia2_4

anak teruja tengok kapal terbang secara dekat selalu dia tengok kapal terbang dekat udara je..

airasia_klia2_5

tu dia kapal yang kan bawa kami terbang ke Penang

airasia_klia2_6

perjalan menuju ke dalam kapal terbang.. ikut terowong yang dah disediakan.. selamat kalau tak confirm rentung kepanasan kalau jalan ikut bawah… masa ni kami bawa bersama stroller.. sampai dekat pintu kapal stroller kami tinggal di tepi pintu kapal sebab katanya nanti pramugara yang akan susun stroller yang penumpang bawak.

airasia_klia2_7

tu dia harraz sempat nyanyi dalam kapal terbang.. dia buat macam kapal terbang ni daddy dia punya… hahaha.. orang lain senyap je.. dia punya bising dalam kapal ni.. hahaha

airasia_klia2_8

Suasana dalam kapal terbang AirAsia..

airasia_klia2_9

Sebelum berlepas sempat cakap dengan cik isteri semoga perjalanan kita selamat pergi.. hehehe.. mana tidaknya masa kami pergi ni baru je berlaku kejadian kapal terbang AirAsia Indonesia terhempas di laut.

airasia_klia2_10

Akhirnya kami 3 beranak berada di udara… mula-mula harraz berani nak tengok dekat tingkap.. lama-lama dia takut pulak.. hehehe..

airasia_klia2_11

Alhamdulillah kurang 40 minit kapal terbang kami selamat mendarat di lapangan terbang Bayan Lepas..

airasia_klia2_12

Kali ni kena jalan kaki dekat landasan kapal terbang.. punya panas..

airasia_klia2_13

harraz seronok naik kapal terbang katanya.. dia kata nak naik kapal lagi.. hehehe

airasia_klia2_14

tunggu bagasi.. jangan salah ambil orang punya sudah.. hehehe

airasia_klia2_15

masa ni kami dah berada di kawasan menunggu diluar airport.. tengah tunggu pak mertua datang jemput…

penang_airport_1

Bermalam semalaman di rumah mertua dan esok petangnya aku pulak pulang semula ke KL dengan pengankutan Airasia.. anak bini tinggal di Penang selama 2 minggu.. cik isteri kena hadir ke USM untuk ambil exam PJJ masa ni..

penang_airport_2

Macam biasa.. balik sorang2 cik isterilah paling risau.. macam-macam benda yang dia fikirkan.. huhu..

klia2_return_1

Alhamdulillah selamat mendarat di KLIA2 semula.. walaupun jadual penerbangan delay selama 30 minit…sampai sahaja di KLIA2 terus menuju ke kaunter tiket KLIA transit untuk dapatkan tiket ke Putrajaya Sentral..

putrajaya parking_return_1

Sampai di Putrajaya Sentral terus menuju ke tempat parking kereta.. alhamdulillah keadaan kereta masih baik disitu dan kadar bayaran parking untuk 2 hari satu malam adalah RM6 sahaja.

Insyallah lepas ni kalau ada rezeki naik kapal terbang lagi boleh gunakan parking di Putrajaya Sentral ni.. dapat menjimatkan kos parking.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. dah lama xbaca entry baru dalam blog bro nie....dah 'let go' ye myvinye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye tuan, myvi dah hampir setahun let go... hehehe

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..