Pertama Kali Anak Kena Sawan

12/06/2014 12:47:00 PTG , 1 Comments

Dua hari lepas aku ada cakap anak aku kena demam panas.. kalau ikutkan sebelum ni setiap kali Harraz demam.. paling lama pun dua ke tiga hari dah baik.. tapi kali ni bukan demam biasa sebab pertama kalinya setelah tiga tahun anak tetiba kena sawan masa demam..

Kebetulan masa kena sawan tu dekat klinik masa tengah tunggu ambil ubat.. punyalah panik aku dengan orang umah.. terus bawak lari masuk bilik doktor.. aku pulak pertama kali tengok baby kena sawan...

Masa harraz kena tu.. mama dia tengah peluk.. mama dia cakap kenapa harraz macam tersentak2.. tiba2.. mata dia tengok atas.. tangan kejang dengan kaki semua kejang.. mulut berbuih2.. aku tak tahu nak buat apa.. aku tengok je doktor dengan pembantu farmasi buat.. dia ambil tuala yang dah di basahkan.. di lapkan semua badan.. kepala.. sambil sorang lagi gosong tapak kaki anak aku.. masa tu semua badan harraz dah biru.. tak lama lepas doktor tu basahkan semua badan sambil mengiring.. pelan-pelan warna kulit jadi merah semula.. bubir yang biru pun dah merah.. alhamdulillah syukur anak aku dah sedar masa tu.. 10 minit lepas tu doktor bagi ubat dan aku pun bawak balik umahlah..

Sampai umah.. aku dengan cik isteri rasa tak berapa sedap.. aku cakap dengan cik isteri.. kalau petang tak ok.. kita bawak terua gi hospital..

Seperti yang dijangka memang suhu badan dia tak ok.. kejab ok.. kejab naik semula.. pukul 6 lebih tu terus siap2 gi KPJ Damansara..

Sampai KPJ daftar bagai.. punyalah ramai budak kena demam panas.. lepas doktor check terus doktor cakap kena tahan dekat wad.. sebab nak buat ujian darah.. sebab paginya kena sawan... nurse cakap kena tunggu dulu sebab semua wad penuh..

Tunggu punya tunggu jam 11.00
malam baru dapat bilik.. minta yg satu bilik kami bayar lebihan kelayakkan bilik pun takda..

Sekarang ni.. suhu masih monitor lagi dah dua hari dua malam dekat KPJ ni.. biasanya dalam 5 ke 6 jam lepas masuk ubat dekat punggung suhu turun.. lepas tu panas balik.. paling tidak kena masukkan dua kali ubat dalam punggung baru suhu turun..

Air dah masukkan satu botol setengah dalam badan.. harapnya cepatlah sihat anak aku ni..

Dari apa yang doktor cakap harraz kena virus.. mungkin dalam usus..  sekarang masih bergantung pada ubah antibiotik dengan ubat minum serta ubat masuk dalam punggung..

Kepada yang baca entri ni tolong doakan anak aku supaya cepat sihat dan kembali aktif semula... amin..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. insyaAllah mudah-mudahan Harraz cepat sembuh yea...sentiasa lapkan badan dia bagi sejuk tau...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..