Giliran Mama Harraz Pulak Demam Panas

12/14/2014 01:19:00 PTG 0 Comments

Allahuakbar... satu-satu ujian datang kepada keluarga kami... minggu lepas seminggu kami berkampung laki bini duduk dekat KPJ Damansara dek gara-gara anak kena demam panas...

Alhamdulillah anak dah 4 hari keluar dari hospital dan kesihatan dah bertambah baik... syukur juga semua kos 6 hari dihospital ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat cik isteri bekerja.. kalau tidak mau pengsan juga bayar kos rawatan yang mencecah lebih 7k..

Anak dah pulih sekarang mama dia pulak yang kena demam panas sejak hari jumaat.. pada awalnya lepas balik dari hospital tu ok sahaja.. lepas sehari cik isteri mengadu sakit mata.. so bawaklah gi jumpa doktor dekat klinik panel.. doktor cakap kena sakit mata dengan ada demam sikit. so bagi ubat macam biasalah.. balik umah hari sabtu macam makin teruk je.. sebab asik mengigil kesejukan dengan suhu badan naik.. bagi makan ubat ok sekejab lepas tu demam balik..

Risau juga.. takut kena denggi.. sebab sekarang ni memamg musim demam denggi.. ingat kalau tak ok juga hari ni.. nak bawak gi hospital semula buat ujian darah..

Yallah kau lindungilah seluruh ahli keluargaku dari bencana dan musibah.. amin..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..