Terminate Astro Berbayar Mohon Pakej NJOI

9/10/2014 09:46:00 PTG , 14 Comments

Akhirnya setelah habis fikir dan berbincang dengan cik isteri... aku telah mengambil keputusan untuk terminate pakej astro berbayar aku walaupun pakej astro tu cuma yang basic je..

Kami sekeluarga jarang ada dirumah kalau ada pun sebelah malam je.. balik kerja masing-masing dah penat.. kekadang tak tengok tv terus tidur.. so kami rasa rugi bila kami bayar service astro tapi jarang guna..

Lepas aku terminate astro berbayar tu.. aku apply untuk pakej astro NJOI.. yang mana pakej astro NJOI ni tak yuran langganan bulanan.. macam tengok tv free je... cuma channel basic yang dia bagi.. untuk channel tv ada 22 channel.. radio 20 channel..  kira okalah.. nama pun free... andai kata nak tengok channel lain boleh beli channel guna prepaid card yang disediakan.

Sebelum ni kalau nak downgrade ke NJOI kena bayar RM100... tapi untuk buat masa sekarang ni..promosi katanya... downgrade ke NJOI free sahaja.. janji masih ada decorder astro dkt umah.. kalau yang tak pernah langgan astro.. tetapi nak terus apply NJOI.. kena bayar hampir 300 sbb nak akan dapat decorder baru dan simcard baru.

Kebetulan balik rumah tadi terus buka tv.. tengok-tengok satu siaran pun takda... terus call service center astro.. tanya apa puncanya... rupanya akaun astro aku telah ditamatkan perkhidmantan sementara menunggu pakej NJOI dimasukan.. menurut mereka masa yang diambil untuk masukkan pakej NJOI adalah paling lewat 48 jam.. so aku kata oklah takpe.. yang menarikkan channel radio boleh dengar.. hehehe.. cuma untuk siaran tv je yanh takda..

Tak pelah  aku tunggu je dulu dalam masa 48 untuk pengaktifan pakej NJOI tu.. sementara tu layan tv pakai antena dulu... hehehe..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

14 ulasan:

  1. Kalau nak terminate astro tu biasanya contract berape tahun? Aritu masa pasang dia kata setahun..kwn ckp 2thn..xsabar nk stopkan astro ni..sbb xtengok tv sgt pon..

    Thecikaann.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya setahun... saya dah pakai astro ni lebih 5 tahun.. :-)

      Padam
  2. Balasan
    1. Tak sabar tunggu pakej NJOI aktif.. :-)

      Padam
  3. teringin jugak nk tukar guna Njoi..sekali bayar dan tak payah pening2..tp syg nak buang unifi..ahh..berbelah bagi cintaku ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Unifi ada IPTV kan.. tengok pada keperluanlah mcm kami memang layan TV3 je so memang tak layaklah ber NJOI.... hehehe

      Padam
  4. cik amid, mcmn nk tukar ke njoi? call astro ke? explain pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada dua cara.. pertama call service center ditalian 03-9543 3838 atau pergi dekat service center astro berdekatan.. ckp saya nak downgrade ke Njoi.. pastikan bil semua bayar dulu.. nanti dia akan suspent astro awak lepas 2-3 hari baru NJOI diaktifkan..

      Padam
  5. aku langgan astro semata-mata nak tengok bola dan sukan aje. hoho..

    BalasPadam
  6. baru first time dengan pakej NJOI ni, kira kalau kita perlukan channel yang cantik je boleh tukar, coz kalau sekitar pakai astro memang antenna akan distract.

    BalasPadam
  7. Eh bagusnya! nak tukar ke NJOI lah kalau gitu. Kami pun jarang tgk tv. Daripada bayar je tak guna, better downgrade kan .. nnt nak call tanya macam mana. Semua tempat la cover NJOI ni kan ?

    BalasPadam
  8. Eeee macam nak buat je, hemm dari bayar 90+ including movie balik ambil NJOI je, JImat banyak ni...samalah, tengok tv pon time ada cerita P RAMLEE or time2 tertentu tu pon banyak tv 3 or RTM je, Hemm harus dipikirkan ni ...pakai astro dah berbelas tahun. HIHIHI since sebelum kawin dah jadi pengguna ASTRO (penderma setia tu astro sebab bayar bulan2 jarang tengok astro =)

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..