Rezeki Berbuka Selepas Jalan Jem

7/02/2014 04:08:00 PTG 1 Comments

 

Semalam punya cerita, niat dihati nak berbuka dirumah, tapi kita hanya merancang Allah yang menentukannya.. kalau hari kedua puasa aku hanya sempat berbuka didalam kereta dengan sebungkus cendawan goreng dikongsi tiga beranak..

Semalam rezeki murah sikit sebab walaupun tak dapat berbuka lagi dirumah ekoran hujan turun dengan lebat dicampur dengan jalan menuju ke pejabat cik isteri jem seteruk teruknya.. maka kami sekeluraga terus mengambil keputusan untuk berbuka sahaja di surau tempat cik isteri bekerja.

Jalan KL jem teruk 1

Jalan KL jem teruk 2

Jalan KL jem teruk 3

Jalan KL jem teruk 4

Kebiasaanya kalau jalan tak jem aku hanya mengambil masa 15-30 minit untuk sampai ke pejabat cik isteri, tetapi semalam aku mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai..

Ni merupakan kali pertama kami sekeluarga berbuka di surau tempat kerja cik isteri, menurut cik isteri surau tempat kerjanya memang setiap tahun akan membuat jamuan berbuka puasa setiap hari dalam anggaran 200-300 orang.. bukan setakat jamuan berbuka, jamuan moreh dan bersahur juga dibuat pada hari tertentu katanya 10 malam terakhir.

juadah berbuka puasa surau TNB bangsar 1

Juadah telah dihidangkan.. 15 minit sebelum berbuka orang ramai akan mengambil tempat untuk berbuka.. kebiasanya orang yang berbuka disini adalah pekerja disitu dan pelajar dari UM serta orang awam.

juadah berbuka puasa surau TNB bangsar 2

Dari segi juadah, alhamdulillah boleh tahan juga dengan pelbagai lauk yang dihidangkan, satu hidangan akan dikongsi dengan 6 orang.

juadah berbuka puasa surau TNB bangsar 3

Alhamdulillah inilah rezeki berbuka aku semalam, bersama cik isteri dan anak.. seronok juga berbuka puasa disurau ni bersama orang ramai, habis je berbuka, terus diadakan solat magrib berjemaah, aku lepas solat je terus balik ke rumah, sebab anak dah mula meragam dekat surau ni.

Nasib untuk hari ini tak tahu lagi.. kalau jalan jem lagi mungkin akan berbuka di surau ni lagi.. tapi harapannya naklah balik rumah untuk berbuka bersama keluarga, sebab berbuka dirumah lebih selesakan.. 

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. Memang rezeki la dapat makan dan berbuka puasa di sini....lebih hebat lagi siap ada tajaan moreh dan sahur tu

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..