Senarai Syarikat Yang Dibenarkan Mengeluarkan Visa Umrah

6/18/2014 03:53:00 PTG 0 Comments

 

Alhamdulillah selepas hampir 2 bulan menunggu untuk menunaikan umrah ke tanah suci, akhirnya semalam ayah, adik & pakcik selamat tiba di Jeddah. Menggunakan penerbangan transit dari KLIA ke Dubai dan transit selama 2 jam di Dubai sebelum meneruskan perjalanan semula dari Dubai ke Jeddah.

Umrah_jeddah

Kalau ikutkan Jadual asalnya ayah akan menunaikan umrah pada awal bulan 5 sebelum ditangguhkan ke awal bulan 6, bila tiba tarikh untuk berangkat pada hujung bulan 5 agen buat panggilan sekali lagi dengan mengatakan buat masa sekarang ni ada masalah visa.. yang mana pihak kerajaan Arab Saudi membekukan pengeluaran Visa umrah.. mungkin masa tu disebabkan penularan penyakit berjangkit virus penyakit Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV) di Arab Saudi.

Alhamdulillah pada tarikh 15hb Jun adik yang menguruskan umrah ayah dikampung dapat panggilan dari agen umrah dengan mengatakan kali ni confirm boleh pergi visa dah dapat.. kena bertolak ke Jeddah pada 17hb Jun jam 2.00 pagi di KLIA.. punyalah kelam kabutnya dibuat adik nak menguruskan keperluan yang tak cukup lagi..

Syukur segalanya dapat diatasi dengan tenang.. aku dengan sorang lagi adik lelaki di KL ni hanya tunggu kehadiran ayah di KLIA untuk mengucapkan selamat jalan bagi menunaikan umrah disana. Ayah tiba di KLIA pada jam 11.00 malam pada 16hb bersama rombongan yang lain menggunakan bus.

Legasi Milok

Legasi Milok 1

Pada mulanya risau juga kalau-kalau sampai diKLIA di tangguhkan lagi perjalanan.. sebab banyak kes yang kena tipu dengan agen, macam berita sebelum ni jemaah ditangguhkan perjalanan kurang dari masa 24 jam untuk berlepas..

Tipu Umrah

Kredit : Surat khabar Utusan

Sebab tu sekarang ni kalau nak ambil pakej umrah pilihlah yang betul-betul berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi supaya masalah untuk mendapatkan Visa tidak timbul.

Untuk rujukan dibawah ni ada disenaraikan 38 syarikat travel umrah dimalaysia yang diberi kelulusan untuk mengeluarkan visa umrah.

 

umrah_visa_1

umrah_visa_2

umrah_visa_3

umrah_visa_4

Sumber : http://www.motac.gov.my

Beberapa keping gambar yang sempat dihantar oleh adik setibanya di Hotel tempat mereka menginap

Hotel jemaah umrah

Hotel tempat penginapan jemaah umrah

Hotel jemaah umrah 1

Hotel jemaah umrah 2

Keadaan bilik hotel untuk ayah & adik disana.

Hotel jemaah umrah 3

Dekat dengan menara Jam Di Raja Mekah

Semoga ayah, adik & pakcik dapat menunaikan ibadah umrah disana dengan tenang dan dipermudahkan segalanya.. Amin.. Insyallah ada rezeki dan panjang umur kami juga berniat sekeluarga ingin kesana nanti.. amin.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..