Sekitar Majlis Kenduri Aqiqah Anak Saudara Di Penang

6/11/2014 11:34:00 PG , 3 Comments

 

Alhamdulillah selesai sudah perkara yang wajib, hujung minggu lepas sempat melapangkan masa pulang ke kampung mertua di Penang untuk sama-sama memeriahkan majlis aqiqah cucu ke-3 mertua, kali ni dapat anak saudara perempuan pulak.. baby baru kepada adik cik isteri…

Majlis aqiqah yang diadakan secara sederhana tetapi meriah.. 2 ekor kambing ditumbangkan walaupun untuk baby perempuan sunat seekor kambing sahaja. sebenarnya satu ekor lagi sumbangan dari mertua untuk dibuat kambing golek.. yang seekor untuk majlis aqiqah dimasak dengan masakan kurma..

Kenduri aqiqah 0

Kenduri aqiqah

Aktiviti melapah kambing pada sehari sebelum majlis kenduri aqiqah.. buat-buat macam pandai je ni orang yang tengah lapah tu.. :-)

Kenduri aqiqah 5

Kenduri aqiqah 6

Kenduri aqiqah 4

Pada awal pagi dihari majlis aqiqah.. kerja-kerja mengemaskan meja dan menyiapkan ruang makan untuk tetamu yang akan hadir.

Kenduri aqiqah 3

Jam 12.00 tengahari kambing yang akan digolek telah tiba.. senyum je abag tu

Kenduri aqiqah 1

Menurut tokey kambing golek ni.. kambing ni dah di kukus dan diperap dengan rempah khusus sehari sebelum mula dipanggang…

Kenduri aqiqah 2

Hidupkan bara dulu… sat lagi kita tengok apa nasib kambing ni.. hehehe

Kenduri aqiqah 8

Antara tetamu & qariah masjid yang hadir di majlis aqiqah dan doa selamat

Kenduri aqiqah 7

Bapa mertua memberi sedikit ucapan terima kasih kepada tetamu yang hadir sebelum menjemput untuk menjamu selera.

Kenduri aqiqah 10

Seperti yang dijangka kaunter kambing golek diserbu terlebih dahulu..

Kenduri aqiqah 9

Kurang 30 minit selepas kaunter kambing golek dibuka dah tinggal separuh je belum dipotong lagi.. memang lakulah kalau berniaga macam ni.. hehehe

Kenduri aqiqah 11

bawak lari sebelah kaki kambing golek untuk dirasa oleh tuan rumah dan sanak saudara yang belum tiba lagi..

Kenduri aqiqah 15

Inilah dia Nur Khaira Zinnirah nama yang diberi oleh Walid & umminya sempena hari  ke 7 dan majlis aqiqahnya.. semoga terus membesar dan sihat menjadi seorang anak yang soleh dan akan berbakti kepada Walid & umminya. amin

Kenduri aqiqah 12

testing.. testing.. dukung baby baru.. mana tahu ada rezeki tahun depan pulak kan.. hehehe

Kenduri aqiqah 13

macam nilah gayanya kalau dah ada anak dua nanti .. insyallah amin..

Kenduri aqiqah 14

Harraz bersama sepupu barunya… awak tu lelaki jangan nak gomoh-gomoh sangat adiknya ye.. kesian kecik lagi tu.. Harraz nak adik tak? hehehe

Syukur sangat majlis berjalan dengan selamatnya sepanjang hari.. walaupun pada sebelah paginya ada sedikit masalah bila tukang masaknya tetiba diserang sakit teruk pada paginya dan terpaksa minta bantuan orang lain untuk masakkan daging kambingnya..

Dalam dua minggu ni aku dapat 2 sekali anak saudara.. satu sebelah adik lelaki aku dan satu lagi sebelah adik cik isteri.. semoga semua anak-anak saudaraku yang baru dilahirkan ni.. dapat menjadi insan yang soleh dan solehah bila besar nanti.. amin…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. tahniah bro dapat 2 anak saudara sekali dalam seminggu. semakin meriah dan bertambah rezeki keluarga.

    BalasPadam
  2. tahniah
    moga akan jd muslimah yg dilindungi

    BalasPadam
  3. bambam nya Nur Khaira Zinnirah...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..