Harga Mesin Jahit Tepi Dan Mesin Jahit Biasa

5/11/2014 12:10:00 PTG , 2 Comments

 

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu,

Semalam punya cerita.. Pepagi keluar awal untuk membuat beberapa urusan penting.. mula-mula pergi ke Jabatan Imigresen di Mini UTC Sentul untuk renew passport cik isteri.. katanya nak gi borong kain dekat Vietnam.. hehehe.. Lepas dapat no.gilirin pegawai tu cakap encik datang semula jam 1.30 petang ye.. mana tidaknya no. giliran kami adalah yang ke 100 lebih.. maknanya ada dekat 150 orang lagi menunggu sebelum giliran kami dipanggil.. jadinya tak nak buang masa dah alang-alang sampai dekat Mini UTC ni.. minta cik isteri gi tuar kad pengenalan baru sekali tukar alamat.. nak jadi orang KL katanya.. hehehe..

Habis urusan Kad Pengenalan terus gerak ke Cheras.. katanya nak gi tengok-tengok mesin jahit.

Mesin Jahit Tepi 1

Berbekalkan GPS & google map akhirnya kedai yang dicari dijumpai.. sampai-sampai pekerja sorang je chinese tengah repair mesin..

Mesin Jahit Tepi 2

Boleh tahan punya banyak mesin jahit industri dia tengah repair.. yang jual pun banyak..

Mesin Jahit Tepi 3

Kami tak mahu sembang lama dekat kedai terus tunjuk dekat pekerja tu model mesin jahit yang cikgu jahit cik isteri cadangkan untuk beli.. Mesin jahit tepi jenama Brother (3034D)

Mesin Jahit Tepi 4

Yang ni pulak mesin jahit biasa dari model brother juga.. disebabkan harga yang dirundingkan telah dipersetujui dari awal lagi.. so takdalah urusan nego-nego dekat kedai ni.. terus cakap dengan pekerja tu.. setuju bila boleh hantar rumah? dia kata petang.. aku kata oklah after 5.00pm ye.. tapi disebabkan urusan dekat jabatan imigresen pukul 4.30 petang pun tak seatle lagi.. terus deal semula kata malam pukul 9-10 baru hantar.

Meja Mesin Jahit Tepi 5

Onthe way balik cik isteri nak cari meja untuk mesin baru dia tu.. servey punya servey last-last beli meja murah je dekat tesco sekali dengan kerusi.. tak jadi beli meja dengan kerusi dekat atas tu.. satu hal harga dia mahal sangat sampai lebih RM400 so aku ckp dengan cik isteri untuk permulaan ni kita beli yang murah-murah dulu.. :-) janji selesa..

Mesin Jahit Tepi 6

Seperti yang dijanjikan tepat jam 10.15 malam pekerja kedai mesin jahit pun sampai dengan berpeluh-peluh satu badan.. mana tidaknya 2 kotak mesin jahit yang beratnya lebih 10 kg di angkut sorang-sorang naik tangga 4 tingkat.. kesian brother ni..

Bermulalah operasi memasang mesin jahit baru ni.. sampaikan ke bagi tunjuk ajar sekali.. sampai cik isteri boleh buat sendiri..

Mesin Jahit Tepi 7

Last sekali menguji dan bagi tunjuk ajar guna mesin jahit tepi pulak.. mesin jahit tepi ni configuration dia macam complicated sikit.. tapi kalau orang dah mahir sekejab je setting benang bagai tu.. yang aku suka cara pekerja ni berniaga.. dia ajar sampai kita betul-betul faham cara nak guna mesin tu.. memang aku akui service after sales dia memang terbaik.. tak rugi beli mesin dekat dia ni.. dapat mesin + ilmu sekali.

lebih kurang 11.30 malam baru brother ni balik.. tqlah bro.. sebab bagi service yang terbaik..

Mesin Jahit Tepi 8

Malam tu juga terus kemas semua mesin masuk bilik.. mula-mula masa brother tu pasang buat dekat ruangtamu.. sekarang setup terus masuk dibilik.. kalau tak nanti bukan cik isteri yang menjahit.. tapi anak comel kami pulak yang joget-joget atas mesin tu.. :-)

Mesin Jahit Tepi 9

Kan dah cakap tadi.. Bakal pereka fesyen pakaian muslimah… nak mencuba juga tu.. habislah.. mama dia tak sempat menjahitlah kalau dah macam ni.. :-)

Mungkin ada yang bertanya berapa kos harga mesin diatas tu untuk 2 unit.. semunya RM1,850.00 termasuk kos penghantaran dan training ringkas..

Kalau ada yang berminat nak beli boleh call no. dekat papan tanda dekat atas tu untuk deal harga dengan tokey kedai.

Semoga cik isteri lebih selesa menjahit lepas ni dengan adanya mesin jahit sendiri.. kalau sebelum ni kena antar kedai untuk jahit tepi .. sekarang tidak lagi..

Insyallah satu hari nanti bolehlah kami buka tempahan untuk jahit baju.. tapi bukan sekarang.. satu hari nanti.. :-)

Terima kasih kepada Ibu & ayah mertuaku yang hadiahkan mesin jahit ni kepada cik isteri..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Wah celonok Harraz tolong mama ye...

    BalasPadam
  2. mesin jahit tepi tu berape mid? nanti PM aku ek. tengah cari untuk mak aku ni..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..