Yakinkan Diri Melepaskan Si Dia

3/18/2014 11:31:00 PG 0 Comments

Mula-mula berat juga nak yakinkan diri melepaskan cik isteri drive sendiri ke tempat kerja... tapi bila dah dapat mesej kata "abg.. alhamdulillah dah sampai opis" baru rasa lega sikit didada ni... mana tidaknya suasana jalan raya dan gelagat pemandu di Kuala Lumpur ni semuanya mengikut angin di kepala.. walaupun tak semuanya begitu..

Sepanjang aku bawa cik isteri pindah ke KL ni dalam hampir 5 tahun.. memang pergi mana sekali pun aku mesti hantar dan jemput.. kiranya hari ini pecah rekod cik isteri drive sendiri ke tempat kerja... semoga  perjalanan pergi dan pulang cik isteri ke tempat kerjanya di beri kemudahan dan keselamatan..

Minggu ni kami bergilir jaga anak dekat rumah sebab baru seminggu anak kena chickenpox.. so doktor minta dua minggu tak dibawanya ke taska.. jadinya kamilah bergilir cuti selang dua hari..

Alhamdulillah tengok parut chickenpox dekat anak dah mula kering.. cuma sesekali tengah malam akan merengek kegatalan seluruh badan.. harapnya cepatlah baik chickenpox dekat anak ni..

Untuk cik isteri semoga tabah mengharungi kesesakkan jalan raya petang ni.. dan drive kereta berhati-hati..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..