Mungkin Ini Cek Terakhir Dari Nuffnang

3/09/2014 11:42:00 PG 0 Comments

 

Assalamualaikum & selamat berhujung minggu semua,

Sebelum memulakan bicara.. aku nak ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa kapal terbang MAS MH370 yang hilang dari radar semalam.. semoga mereka semua tabah dan sentiasa berdoa semoga ada sesuatu berita yang baik diterima hari ini..

Berbalik kepada tajuk entri diatas, alhamdulillah 2 hari lepas aku dah terima cek dari side income pengiklanan blogger ni.. siapa lagi kalau bukan nuffnang yang bagi.. cek ni juga merupakan cek yang pertama untuk tahun 2014 ni dan mungkin juga yang terakhir untuk aku kot.. hehehe.

cek nuffnang 2014

Kalau masih ada mood rajin menulis lepas ni.. insyallah mungkin ada dan ada lagi cek yang akan diterima.. tapi andai mood rajin nak menulis dah menurun.. mungkin ni cek terakhir yang aku akan terima rasanya..

Walaupun lepas ni dah takda cek lagi.. insyallah kalau ada cerita yang nak dikongsikan aku masih akan kongsikan dalam blog kesayangan aku ni.

Masih sayang nak close blog ni sebenarnya sebab banyak memori yang ada dalam ni dari sebelum kawin sampai dah kawin dan sampai dan ada si comel tu..

* Marilah sama-sama kita terus mendoakan agar semua penumpang dan crew MH370 dijumpai dengan selamat, amin..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..