Muhammad Harraz Fahim Dan Tikar Sembahyang

3/23/2014 11:05:00 PG 1 Comments

 

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Alhamdulillah semakin hari penyakit chickenpox anak dah beransur pulih, tiada lagi demam yang tinggal beberapa bekas parut yang masih kering lagi pada muka Muhammad Harraz Fahim. Insyallah esok dah boleh hantar ke taska semula rasanya.

Parut Chickenpox

Perkembangan anak juga dah semakin bijak setiap hari.. sebagai contoh, kalau daddy atau mama dia nak solat je.. mesti dia pun nak juga ikut solat.. cuma cara solat dia ikut cara dialah.. hehehe

Harraz bersolat 1

Harraz bersolat 2

Harraz bersolat 3

Harraz bersolat 4

Harraz bersolat 5

Harraz bersolat 6

Harraz bersolat 7

Dalam usia 2 tahun lebih ni.. yang paling ketara aku tengok adalah IQ dia kuat mengingat dan meniru apa yang kita buat.. jadinya kalau nak cakap yang buka-bukan pun kena hati-hati sebab takut dia meniru cakap-cakap yang tak elok ni..

Sekarang kalau nak masuk rumah je.. dah pandai beri salam dengan jawab salam, nak makan tadah tangan baca doa dulu.. alhamdulillah satu perkembangan yang sangat positif..

Semoga anakku terus menjadi anak yang solleh dan beriman.. amin..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..