Kos Bayaran Saman Tunda Kenderaan DBKL

3/23/2014 02:00:00 PTG , 2 Comments

 

Assalamualaikum & selamat sejahtera semua,

Petang ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku meneman rakan pejabat aku gi bayar saman motosikal lepas kena tunda dengan DBKL. Di Kuala Lumpur ni kalau korang silap atau salah meletakkan kenderaan pastinya 2 kemungkinan yang akan korang hadapi yang pertama kenderaan akan disaman oleh DBKL / Polis atau kenderaan anda di Tunda oleh DBKL..

Cuba bayangkan keluar-keluar je dari membuat urusan pejabat.. tengok-tengok motorsikal atau kereta dan hilang dari tempat korang parking tadi.. mesti dalam kepala korang akan fikir kenderaan korang dah kena curi.. biasanya kalau korang kehilangan kenderaan pastinya korang akan kebalai polis berdekataan untuk membuat laporan polis.. sampai-sampai je di Balai polis pegawai polis tu akan cakap “en. punya kereta atau motor bukan kena curi, tapi kena tunda dengan DBKL kerana meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya”.

Jadinya satu kerja pulak korang kena buat.. nak tak nak kenalah gi tuntut kenderaan korang tadi dekat depoh tunda DBKL di Jinjang… andai korang tak tuntut kenderaan tu denda mengikut hari akan dikenakan kepada anda.

Dibawah ni aku kongsikan kos yang korang kena bayar bila membuat tuntutan kenderaan yang ditunda oleh DBKL.

20140320_154158

Mengikut jadual diatas,, mana-mana motorsikal yang ditunda kadar saman yang akan dikenakan adalah sebanyak RM130 (100 adalah saman dan 30 adalah kos tunda). bagi kereta pulak kos saman adalah RM200 (100 adalah saman dan 100 lagi kos bayaran tunda).. jika motor sikal tidak dituntut denda akan dikenakan mengikut harian iatu RM50 setiap hari, dan kereta dikenakan denda RM100 sehari jika pemilik tidak datang membuat tuntutan.

Sebelum datang membuat tuntutan kenderaan, pemilik perlu menyediakan beberapa dokumen seperti Geran kenderaan, Surat insurans asal, surat perwakilan jika menjadi wakil dari pemilik asal untuk membuat tuntutan kenderaan.

Jadinya sentiasalah berhati-hati memarking kenderaan di kawasan DBKL ni.. kalau korang silap parking pastinya akan menyusahkan diri korang juga untuk menuntut kenderaan tu dan membayar saman.

Diharapkan pihak DBKL juga perlu membuat lebih banyak parking motorsikal dan kereta di kawasan mereka.. ini kerana masalah utama di Kuala Lumpur ni adalah kekurangan parking kereta dan motor.. penyudahnya pemandu akan parking kereta ditepi jalan atau bahu jalan kerana terpaksa..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.. mahalnya. haritu mak sheila baru terkena... selamat pagi, singgah sambil menabung sini ~~~

    BalasPadam
  2. Selalu sangat dah depa ni. Aku pun tak faham.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..