Hiburkan Anak Di Hujung Minggu

3/09/2014 12:15:00 PTG 0 Comments

 

Alhamdulillah berjaya juga aku handle anak bujang aku ni selama 2 hari tanpa mama dia.. cik isteri ke PD atas urusan syarikat selama dua hari.. so tanggungjawab menguruskan segala hal aku kenalah buat.. selamat sebelum cik isteri ke PD aku dah kursus awal-awal dengan dia.. hehehe..

Mula-mula tu kelam kabut juga.. mana tidaknya pepagi kena siapkan barang-barang dan  antar gi taska.. dah tu petang kena jemput pulak.. selalunya semua tu mama dia yang buat pepagi.. aku tinggal dukung dia masuk kereta je.. petang pun biasanya mama dia dah jemput aku tinggal ambil dekat opis cik isteri.. tapi hari Khamis dengan Jumaat tu kenalah belajar berdikari sikit..

Semalam pagi sembelum gi jemput cik isteri balik.. sempat bawa si Harraz ni ke taman mainan kawasan umah tu.. punyalah happy dia.. maklum jelah duduk dalam rumah dapat main dalam je.. sekali keluar main dekat luar rumah macam burung baru keluar sangkar.. hehehe

Harraz di Taman Mainan 1

Tengok gaya jalan pun bukan main lagi.. nak pimpin tangan turun tangga pun tak nak nak turun sendiri katanya.. mula-mula dukung turun tangga boleh dia naik tangga semula & turun tangga sendiri.. hehehe.. anak bertuah betul..

Harraz di Taman Mainan 2

Seronok dia main jongkang jongket tu…

Harraz di Taman Mainan 3

pening sat nak naik mana satu ni mainan tu.. hehehe.. dahlah sorang-sorang je dekat situ.. takda orang lain main.. hehehe

Harraz di Taman Mainan 4

dari sini je aku tengok anak aku ni dah sangat bijak.. dah pandai naik tangga gelongsor dan tu terus turun dari gelongsor tu sendir dua kali.. bijak-bijak.. semoga jadi anak solleh dan bijak pandai ye sayang..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..