Air Tangki Simpanan Dah Kering

3/04/2014 04:26:00 PTG 1 Comments

 

Baru aku tahu macam mana susahnya kalau air takda.. krisis air di Selangor dan KL semakin meruncing sekarang ni.. mana tidaknya setiap kawasan hanya akan menerima bekalan air setiap 2 hari selepas tu 2 hari tiada air lagi.. (2 hari ada air, 2 hari lagi takda air) keadaan ni akan berterusan selama sebulan seperti jadual yang ditanpal pada papan kenyataan rumah aku...

42-18431484

Kredit image : google.com

Kawasan rumah aku mula mendapat catuan air pada 2hb lepas dan ikut jadualnya sepatutnya hari ini dah ada air.. harap-harapnya balik ni tangki umah dah ada air.. sebab tadi pagi sebelum pergi kerja memnag tangki dah kering.. selamat semua dah siap mandi.. cuma tak sempat nak basuh baju dengan pinggan mangkuk je..

Ada orang cakap baik takda elektrik dari takda air.. kalau takda elektrik boleh pakai lilin.. ni kalau takda air macam-macam benda tak boleh nak buat..

Harap-harap adalah hujan rahmat yang turun supaya bekalan air dinegeri yang kritikal ni dapat diatasi..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. Hampir satu negara ada krisis air sekarang. Dugaan besar.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..