Tarif Premium Insurans Motor 2014 Dan Cara Pengiraan

2/05/2014 08:24:00 PG 9 Comments

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Tarif Premium Insurans motor 2014

Kredit image : Paper Utusan Malaysia

Semalam telah diumumkan pelarasan baru untuk tarif premium Insurans Motor 2014 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mana melihatkan sedikit peningkatan tarif dari RM2 ke RM23 yang akan berkuatkuasa pada 15 Februari 2014. boleh rujuk jadual yang diberikan di atas.

Contoh Pengiraan sebuah kereta baru yang diinsurans dengan harga RM 50,000

Harga yang diinsuranskan – RM 50,000

Kapasiti enjin (cc) – 1,300

Tarif baru untuk nilai RM1,000 pertama – RM 261.55 (rujuk jadual)

Setiap tambahan RM1,000 akan dikenakan – RM 26.00

Baki RM49,000 bagi kenderaan diatas akan dikenakan bayaran – RM 1,274,00 (49 * RM26)

Jumlah harga polisi bagi kenderaan diatas – RM 1,535.55 (RM 261.55 + RM 1,274.00)

** Harga diatas tidak termasuk Duty Setem yang akan dikenakan. 

** Bagi kenderaan yang telah digunakan lebih setahun harga premium mungkin akan kurang setelah ditolak dengan NCB yang diperolehi.

25% diskaun untuk tahun kedua
30% diskaun untuk tahun ketiga
38.33% diskaun untuk tahun keempat
45% diskaun untuk tahun kelima
55% diskaun untuk tahun keenam

** Pengiraan diatas berdasarkan pemahaman penulis, sekiranya cara pengiraan diatas tidak tepat harap diperbetulkan…

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. yang ni, memang ramai orang tak faham lagi. tahu bayar aje. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. janji agen minta bayaran kita bayar je.. hehehe

      Padam
  2. Sudah tidak boleh elak dah. Ke kiri pun kena dan ke kanan pun kena

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah tuan.. diberi sikit.. ditarik sikit.. hehehe

      Padam
  3. tuan mohon copy untuk buat entry sama di blog. credit untuk tuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh2 tiada masalah janji dapat kongsi dekat umum

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..