DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak

2/06/2014 03:32:00 PTG 7 Comments

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Sejak beli kereta tahun 2008 perkara pertama yang aku remove dari kereta aku adalah palam pencucur rokok.. sebabnya aku memang tak bagi pemandu atau penumpang dalam kereta aku hisap rokok.. sebab aku sendiri tak hisap rokok.. jadinya aku tukar palam pencucur rokok tu dengan palam charger USB.. senang bila aku nak charge handphone dalam kereta..

DIY Pencucuk Rokok Rosak 1

Setelah hampir 6 tahun aku guna pencucur rokok ni.. tetiba minggu lepas masa aku sampai ke Penang, terus tak berfungsi charger USB tu.. pelik jugakan takkan ada kene mengena dengan Radiator kereta yang bocor.. pada hari yang sama tu.. bunyi memang tak logik..

Memang tak logik sebenarnya.. kerosakkan tu kebetulan je serentak.. jadinya aku tanyalah dekat kenalan facebook aku budak yang kerja dekat perodua SC.. mesti dia orang lagi tahu pasal kerosakan ni..

Memang betul rakan FB tu cakap kerosakan mungkin berpunca dari fius yang putus.. so setelah dia terangkan dekat mana lokasi fius tu terus aku check dekat dalam dashboard pada bahagian belakang laci simpan barang.

DIY Pencucuk Rokok Rosak 3

Sebelum tu dia dah cakap fius untuk pencucur rokok tu dilabel dengan CIG.. so bila ku tengok dekat manual label fius tu terus aku keluarkan fius yang dimaksudkan.

DIY Pencucuk Rokok Rosak 2

kedudukan fius seperti dalam bulatan merah..

DIY Pencucuk Rokok Rosak 4

Nilah fius 15A yang dimaksudkan.. fius yang berwarna biru

DIY Pencucuk Rokok Rosak 5

perhatikan betul-betul dalam bulatan merah tu.. fius litar telah putus.. patutlah pencucur rokok tu tak berfungsi

DIY Pencucuk Rokok Rosak 6

dalam gambar rajah diatas fius baru disebelah atas dan fius yang rosak dibahagian bawah

Menurut rakan FB aku tu.. fius spare ada dibekalkan pada kotak fius di sebelah bateri.. so boleh guna fius spare yang berlabel 15A dalam kotak tu.. tapi aku tak guna fius spare tu.. aku gi beli dekat kedai spare part yang kebetulan dekat je dengan opis.. harga fius 15A ni hanya RM1 sahaja.. kalau malas nak gi kedai spare part guna je fius spare dalam kotak fius disebelah bateri tu ye.

DIY Pencucuk Rokok Rosak 7

bab nak pasang semula senang je.. letak pada kedudukan yang betul dan tekan.. cuma masa nak keluarkan yang rosak tadi kena gunakan long nose untuk memudahkan fius tu dicabut.

** Amaran : jangan cuba usik fius yang lain sebab ditakuti sistem komputer kereta anda akan bermasalah.. dapatkan nasihat dari pakar sebelum mencabut sebarang fius.

DIY Pencucuk Rokok Rosak 8

Alhamdulillah bila ON sahaja kunci kereta kelihatan lampu LED pada pencucur dan menyala.. tanda tu menunjukkan charger USB tu dah boleh guna..

Terima kasih kepada rakan FB dari perodua SC sebab membantu selesaikan masalah kereta saya.. diharapkan sedikit perkongsian ini dapat membantu rakan-rakan semua yang menghadapi masalah sama seperti saya..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan:

  1. info yg berguna sbb keta myvi sya pun pencucuh tu rosak da lama tp biar je,,guna utk charge Hp jer

    BalasPadam
  2. bukak bengkel lah mid takpun bukak kelas ajar DIY :)

    http://suterablogger.com

    BalasPadam
  3. ohh..mesti ramai tak tahu nih. ilmu baru untuk aku hari ini.

    BalasPadam
  4. aku punya langsung tak boleh pakai dah... asyik rosak je

    BalasPadam
  5. Ini first time nampak cara ni. Boleh cuba try. Terima kasih ya.

    BalasPadam
  6. info yg berguna... untk maklumat anda juga selain dari mengunakan playar long nose alat pencabut fuse ada disebelah fuse power 30A yg berwarna putih tue...trima kasih Abam

    BalasPadam
  7. Salam,
    Info yg berguna..

    Puas sy cari fius spare tu, rupa nya melekat kat cover fius box dlm bonet..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..