Ultraman Lagenda Dulu Kini Dan Selamanya

1/02/2014 03:06:00 PTG 3 Comments

 

Assalamulaikum & selamat tahun baru,

Tahun 2013 dah 2 hari berlalu.. kini kita semua telah berada ditahun baru 2014.. pastinya pelbagai azam dan harapan baru telah dirangka untuk tahun 2014 ni..

Untuk family myvitrd pula tahun ni perlu lagi bekerja keras untuk mengukuhkan lagi ekonomi keluarga.. dijangkakan tahun ni adalah tahun peningkatan harga barangan dan keperluan serta kemudahan asas so boleh dirumuskan sebagai tahun berjimat cermat katanya..

Ok berbalik kepada tajuk entri diatas.. sebut je nama ultraman sapa yang tak kenal.. dari aku kecik sampai sekarang lagenda ultraman sentiasa wujud dalam kepala kanak-kanak..

Sampaikan anak aku yang baru 2 tahun pun pantang jumpa patung ultraman.. pasti nak dibelinya… kalau tak dapat memang menjeritlah satu pasaraya tu.. sabor je kekadang dibuatnya.. hehehe..

Kekadang kalau dah tak tahan mengamuk dekat pasaraya tu.. belikan juga satu.. hehehe.. kira tewas juga aku dengan anak aku ni.. tapi kekadang tu tak beli pun.. memang mengelak kalau lalu dekat kedai mainan ni..

ultraman brothers 1

Sekali jumpa dengan ultraman yang sebesar dengan aku baru dia tahu takut.. hehehe

ultraman brothers 2

selamat dia tak mengamuk nak bawa balik ultraman ni.. nak masuk dalam kereta pun tak muat.. hehehe

ultraman brothers 4

ultraman brothers 5

dipeluknya kuat-kuat kaki ultraman tu.. mungkin dia takut kot..

 ultraman brothers 7

ultraman brothers 8

ultraman brothers 9

Lokasi : Pasaraya Hero di Bandar Sri Damansara

Rasanya kalau ultraman ni di tinggal dekat luar pasaraya ni bila kedai dah tutup confirm ada yang angkat bawak balik ni.. hehehe.. Harraz seronok betul dapat pegang ultraman tu.. mula-mula takut.. lama-lama seronok pulak dia..

Sekarang kalau nangis je dalam rumah.. terus bagi mainan ultraman dia pasti terus senyap sambil senyum-senyum.. memang power penangan ultraman ni dekat budak-budak..

Janji anak happy, daddy & mama pun happy.. :-)

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. Ni okey lagi la sebab Harray tak kenal lagi BEN 10.... kalau tak jenuh la nak beli mainan tu

    BalasPadam
  2. ultraman ace tetap dihati. haha..

    BalasPadam
  3. hahahaa.. bro kena borong laaa ultraman besar ni...

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..