Tak Rugi Aku Beli Insurans Dengan Etiqa Takaful

1/30/2014 10:53:00 PG , , 1 Comments

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Rezeki kekadang datang tanpa diduga.. begitu juga duka kekadang datang tanpa di minta, semua datang darinya.. sebagai hamba kita hanya mampu berdoa supaya sentiasa dimurahkan rezeki dan dijauhkan dari musibah dunia dan akhirat.

Alhamdulillah pagi ni dapat satu sampul surat dari Etiqa Takaful, seperti dah boleh agak apa kandungan dalam surat tu.. memang betul seperti jangkaan sekeping cek pembayaran pengagihan lebihan keuntungan dari syarikat insurans Etiqa Takaful.. walaupun nilainya kecil tapi bermakna bagi golongan seperti aku.

Cek Etiqa Takaful

Ni merupakan cek kali kedua yang Etiqa Takaful bagi dekat aku.. kalau tak silap first dapat tahun lepas.. ni semua gara-gara pembelian insurans kereta secara online yang aku buat setiap tahun..

Nampaknya kalau macam ni.. kena kekalkan lagi polisi insurans kereta yang akan tamat hujung bulan 3 nanti..

Sebab tu aku mula sayang ketat-ketat dekat Etiqa Takul.. hasil keuntungan syarikat dibahagi bersama.. ni baru namanya win-win situation.. :-)

** Ada sapa-sapa lagi tak yang pernah dapat cek macam ni..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..