Salon Rambut Muslimah Seksyen 7 Shah Alam

1/04/2014 12:50:00 PTG 2 Comments

Beberapa minggu yang lepas cik isteri ada menyatakan hasratnya untuk gi buat rambut... aku cakap boleh je.. carilah salon rambut muslimah.. jadi lepas beberapa hari buat survey dan cari dekat internet.. akhirnya jumpalah satu salon rambut kecantikan dan spa area seksyen 7 Shah Alam..

Jadi hari ni tunaikan hasratlah bawa dia gi buat rambut... tak tahulah fesyen apa yang dia nak buat..




Lokasi betul-betul sebelah butik tudung Fareeda.. cuma salon ni dekat tingkat atas sekali..







Cantik dekorasi yang dibuat di tangga menuju ke salon...







Yang bagusnya salon rambut ni... kaum adam tunggu diluar sahaja.. tak boleh masuk dalam kedai... sebab mana boleh nak tengok aurat wanita tengah buat rambut dalam tukan..




Jadinya aku tunggulah dekat sini bersama si kecik aku... sampai si kecik ni tertidur tunggu mama dia buat rambut... tak sabar pulak nak tengok rambut baru cik isteri ni...

Waktu entri ni di publish cik isteri masih di dalam salon..

So kepada kaum hawa yang nakkan keselesaan dan privacy waktu buat rambut tu.. bolehlah datang ke salon rambut muslimah ni ye... habis buat rambut boleh ajak cik abang tengok-tengok tudung Fareeda pulak... hehehe..

posted from Bloggeroid

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. tempat macam nie kalau ada WIFI tu takdelah boring sangat husband nak tunggu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 bro.. aku lupa pulak nak check ada wifi atau tidak.. sebab masa tu aku guna data plan je.. hehehe.. satu cadangan yang bagus juga tu..

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..