Pengalaman Naik Bukit Bendera @ Penang Hill

1/07/2014 02:51:00 PTG , , 4 Comments

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Entri ni sepatutnya dibuat tahun lalu.. tapi disebab mood nak update entri tu takda dan sentiasa sebuk memanjang je.. so tertangguhlah entri ni selama 2 minggu..

Kali ke-2 sampai di Bukit Bendera walaupun dah 4 tahun jadi sebahagian dari orang Penang.. first time naik bukit bendera dulu masa sekolah rendah.. itu pun ikut rombongan sambil belajar.. tahun bila aku  pun dah tak ingat.. dan memang tak ingat dah langsung pemandangan dekat bukit bendera tu..

Di sebabkan kebetulan hujung tahun lepas aku memang balik bercuti di Penang dan beberapa orang family cik isteri pun tengah bercuti dipenang juga.. so kami sekeluargalah pakat-pakat nak naik bukit bendera sambil bawa anak saudara dan sepupu-sepupu cik isteri.

Seperti yang telah dirancang tarikh 23hb Disember 2013, hari isnin kami sepakat untuk kesana.. bertolak dari rumah mertua sebelah pagi.. sebab takut sampai lewat dan taknak berebut-rebut beli tiket bila dah tengahari.

Sampai-sampai je cari tempat parking kereta dulu.. bab parking ni jangan risau memang ada tempat disediakan dekat area bukit bendera tu.. cuma kena bayar je sikit.. kalau tak silap ari tu bawah RM5 kot untuk sekali masuk..

Bukit Bendera

Lebih kurang jam 10.00 pagi kami pun sampailah dikaki bukit bendera, dimana tempat untuk membeli tiket. sebelum beli tiket posing satu kali dulu sebagai kenang-kenangan..

Harga Tiket Bukit Bendera

Harga tiket RM8 untuk dewasa dan RM4 untuk warga emas, kanak-kanak (4-12tahun) dan pelajar (sekolah/universiti/kolej). dan untuk beli tiket ni kena pamerkan sekali kad pengenalan.. sebab sekiranya pelawat bukan warganegara harta tiket antara RM15-RM30 seorang

Beli Tiket Bukit Bendera

Pada awal pagi tu rata-rata pengunjung masih tidak ramai, tapi pada sebelah petangnya waktu kami dah turun dari bukit bendera tu.. kawasan dalam gambar diatas memang padat dengan pengunjung.. sampaikan nak beli tiket kena beratur panjang.. nasihat kepada yang naik pergi sini.. beli tiket sebelah pagi ye supaya tak bersesak-sesak.

Keretapi bukit bendera

Kalau ikutkan gambar keretapi yang digunakan untuk naik ke bukit bendera tu dah 4 kali ditukar sejak tahun 1906.. dan terkini ditukar pada tahun 2011.. dan masa aku gi first time dulu masih guna keretapi yang warna merah macam dekat gambar tu..

View Bukit Bendera

Kalau dulu masa first time naik rasanya berpuluh minit juga baru sampai dekat atas tu.. tapi lepas dia orang upgrade cable dengan keretapi baru tu.. hanya 6 ke 7 minit je dah sampai ke atas.. Pandangan dari atas puncak bukit bendera… gambar ni di ambil lepas kereta sampai di puncak

Bukit bendera penang 17

Pemandangan jambatan pulau pinang dan jambatan kedua boleh dilihat dari bukit bendera

Bukit bendera penang 1

Bukit bendera penang 2

Bukit bendera penang 3

Bukit bendera penang 4

Tengok gaya si kecik tu jalan.. nak jalan sendiri.. tak mau kena pimpin tangan.. hehehe

Bukit bendera penang 5

Antara tarikkan yang dibuat diatas bukit bendera tu adalah pertunjukan Ular oleh ratu ular malaysia, nama tak ingat pulak.. orang ni hari tu cipta rekod tidur dengan ular tedung beberapa hari.

Bukit bendera penang 9

Ular tedung paling besar.. ada berani korang nak cium bulut ular ni..

Bukit bendera penang 7

Bukit bendera penang 8

siap main cium mulut dengan ular lagi.. hehehe

Pertunjukan Ular Bukit Bendera 1

Punya ramai peminat nak tengok pertunjukan ular tu.. jaga-jaga nanti ular terbang makcik.. hehehe

Pertunjukan Ular Bukit Bendera 2

Selamba je dia pegang ular-ular yang bisa tu..

Bukit bendera penang 14

budak-budak sukalah tengok Dinosaurs ni..

Bukit bendera penang 12

Bukit bendera penang 13

apa nama dia ni..

Bukit bendera penang 10

sempat tunggang lagi.. hehehe

Bukit bendera penang 11

seronok anak buat cik isteri masuk dalam ni.. harraz jerit-jerit ketakutan.. last-last mama dia bawa dia keluar.. rugi RM10 duit tiket masuk.. hehehe

Bukit bendera penang 16

Nilah dia anatara keretapi terawal yang digunakan masa dulu-dulu naik bukit bendera.. rasanya kalau naik ni.. berapa jam baru sampai ye..

Bukit bendera penang 15

lepas penat pusing-pusing tu.. terus pekena ABC power dekat food court area bukit bendera tu.. makanan boleh tahan sedap dan tak berapa mahal.

Gambar bukit bendera

Sebelum balik tu kami beli gambar yang diambil oleh jurufoto di bukit bendera tu sebagai kenang-kenangan.. gambar ni diambil sebelum kami naik ke bukit bendera.. bila kami turun gambar dah siap.. masa tu kita boleh pilih samada nak beli atau tidak..

Rasanya kalau ada masa terluang nanti nak naik semula dekat bukit bendera tu.. sebab ada beberapa tempat dekat atas tu yang kami tak sempat nak pergi.. sebab masa tu cuaca panas dan anak pulak meragam.. ada rezeki insyallah tahun ni kita naik sekali lagi..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum. bestnya. sheila tak pernah lagi sampai sini. heee tumpang gembira tengok gambar2 ni :)

    BalasPadam
  2. HEHEHE...last pergi tahun 2005, masih naik ketapi merah tu gak...try gak hints2 kat cik darling but dia macam kurang berminat sebab sana payah nak dapat restoran melayu so rata2 is mamak n nasi kandar =)

    Insyaallah...one day nak pi sana jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada je restoran melayu atas tu.. sekarang semua dah baru.. restoran pun dah besar n selesa

      Padam
  3. Gempak gile awek tu layan ngan ular yea....

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..