Kebab Turki Di Bandar Sri Damansara

12/03/2013 12:04:00 PTG 1 Comments

 

Assalamualaikum,

First time makan kebab Turki.. selalu makan kebab yang dijual ditepi-tepi jalan atau dekat pasar malam je..

Kebetulan dekat area rumah kami tu ada satu kedai kebab baru yang dibuka mula-mula tu tengok dari jauh je setiap kali lalu nak gi kerja.. tapi kebetulan hujung minggu tu tergerak hati nak singgah tengok macam mana rasa kebab turki tu.

Kebab Turki 4

Dekat kedai Kebab Turki ni.. bukan sahaja kebab dijual tapi hotdog dengan Burger pun ada.

Kebab Turki 1

Nampak macam senang je pekerja ni buat kebab ni.. roti dia tu di panggang dulu..

Kebab Turki 2

Lepas tu diletaklah daging atau ayam ikut pilihan apa yang kita nak…. letak sos dan mayonis.. terus gulung.. habis gulung dibakar sekali lagi supaya roti tu masak sekali dengan daging dalam tu..

Kebab Turki 3

Siap dah.. boleh terus makan.. untuk saiz ni satu berharga.. RM6.50.. rasanya boleh tahan.. dan rasanya macam nak singgah lagi je beli.. :-)

* Kalau tak silap produk ni dari Indonesia dan di franchise kan masuk malaysia..  boleh check dekat bawah senarai kedai kebab turki dekat lembah klang ni..

Lokasi Jual kebab Turki

Sumber : FB Kebab Turki Malaysia

Tengok tu tak lama lagi seluruh Malaysia ada kedai kebab ni.. rasanya kalau nak cari peluang perniagaan boleh buka kedai kebab Turki ni.. :-)

* Kedai ni dah masuk dekat Jalan-jalan Cari Makan TV3 beb

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. Owwhh...area INTI COLLEGE pun ada yea... nak kena terjah nie sebab dekat umah gua nie.... hohohoho

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..