Jom Turut Serta Menjadi Sukarelawan Cyber Mangsa Banjir

12/12/2013 08:36:00 PG , 0 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Pastinya bila anda melihat keadaan mangsa banjir dibeberapa negeri pada masa ini di media masa dan elektronik membuatkan anda sedih dan ada perasaan ingin turut membantu mereka.. tetapi mungkin juga ada beberapa halangan yang membuatkan anda tidak dapat turut serta menjadi sukarelawan di tempat-tempat mangsa banjir tersebut.. mungkin dengan komitmen kerja yang membuatkan anda tidak boleh bercuti dan pelbagai lagi..

Untuk itu dengan terlancarkan satu tubung mangsa banjir dengan inisiatif SKMM dan pihak telco kini anda semua boleh menjadi sukarelawan mangsa banjir dengan mendermakan sedikit wang anda kepada mangsa-mangsa banjir tanpa pergi ke lokasi bencana.. dengan hanya menderma melalui SMS.

Bagaimana caranya untuk menderma melalui SMS ni..

banjir

 

Langkah 1 – Taipkan BANJIR <jarak><amoun>

Langkah 2 – hantar ke 13999

Contoh : Taipkan BANJIR 10 hantar ke 13999

* Derma boleh dibuat dalam amoun RM1 / RM3 / RM5 / RM10 / RM15 / RM20

Maklumat lanjut boleh layari : http://sms13999.skmm.gov.my/

Semoga dengan sedikit bantuan kewangan yang anda hulurkan dapat diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di dalam negara kita seterusnya mengurangkan beban yang sedang mereka tanggung sekarang ini.

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan:

Jangan segan-segan bagi komen ye..