Talent Corp SFCF Oct 2013 – Bantu Graduan Mendapatkan Kerjaya

11/25/2013 12:01:00 PG , , 2 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Graduan sekarang sangat beruntung.. kalau dulunya masa saya mula-mula habis belajar kita yang kena bekerja keras mencari kerja dimerata tempat.. jarang-jarang nak jumpa seminar kerja atau pameran kerjaya.. tapi sekarang merata tempat diadakan pameran kerja yang memberi peluang kepada graduan untuk memilih kerjaya yang sesuai..

Pendek kata majikan pulak yang sekarang mencari graduan.. sebagai contohnya baru- baru ini yang berlangsung di UiTM Shah Alam telah diadakan satu pameran kerjaya anjuran bersama TalentCorp SFCF dan UiTM selama 2 hari.

1454997_393121477485338_1354291096_n

Siapakah TalentCorp SFCF?

TalentCorp SFCF merupakan badan yang menganjurkan Pameran Kerjaya kepada Graduan untuk sektor-sektor yang bersesuaian dengan bidang pengajian masing-masing. Secara tidak langsung menjadi 'platform' kepada graduan untuk memohon pekerjaan serta khidmat nasihat dalam pemilihan kerjaya masing-masing.

zxc

Acara dua hari itu dirasmikan oleh YB Senator Dato 'Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

sfsd

Melalui program SFCF (Sector-Focus-Career-Fair) ini ianya dapat memberikan peluang kepada graduan untuk bertemu dengan lebih dekat lagi bersama CEO dan wakil-wakil kanan HR syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Pada masa yang sama menyediakan platform untuk syarikat-syarikat untuk mengesan bakat yang berpotensi dari universiti-universiti di Malaysia.

1452425_393040754160077_1219450105_n

Antara pelawat dan graduan yang hadir untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya-kerjaya yang ada di dalam syarikat yang terlibat.

988377_392734254190727_1811966722_n

Antara ruangan pameran yang dibuka untuk syarikat-syarikat yang terlibat.

Sebenarnya banyak lagi program-program pada masa akan datang yang akan dibuat oleh TalentCorp SFCF bagi membantu graduan mencari kerja dan juga syarikat mencari bakat-bakat yang sesuai untuk syarikat mereka..

Jika anda seorang graduan yang inginkan kerja yang baik pada masa akan datang inilah masanya untuk anda mengambil tahu bakat mana yang sesuai untuk anda dan kerja mana yang sesuai dengan bidang anda.

Jadinya untuk tidak ketinggalan dari mendapatkan maklumat terkini dari TalentCorp SFCF jangan lupa layari facebook mereka di https://www.facebook.com/SectorFocusedCareerFairSFCF

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.... Rezeki nie.... hehehehe

    BalasPadam
  2. okeh. gadisg-gadis sekalian..leh la cuba nanti yek.

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..