Situasi Bila Mama Dengan Daddy Dah Letih

11/01/2013 03:44:00 PTG 3 Comments

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Harraz dan Otoromen 1

Situasi  jam 8.00 malam .. cian dia main sorang-sorang.. mana mama dengan daddy tak layan ni..

Harraz dan Otoromen 2

???? rasanya apa yang anak aku tengah fikir masa ni.. takda orang layan sembang dengan otoromen pun jadilah..

Harraz dan Otoromen 3

nyanyi lagu negaraku ke apa ni harraz.. hehehe

Harraz dan Otoromen 4

Situasi jam 9.00 malam.. kesian anak aku letih sangat kot.. kalau sebelum ni.. jam 11.30 malam belum tentu lagi tidur.. sekarang.. paling lewat pun 9.30 dah pengsan..

Pejam celik dah nak masuk penghujung tahun.. kurang lagi beberapa hari nak masuk tahun baru bulan islam pulak.. 1 Muharram satu tarikh yang pastinya takkan aku lupa sepanjang hayat aku.. sebab tarikh tu aku dengan cik malarang diijab kabulkan.. alhamdulillah dah nak masuk tahun ke-4  perkahwinan kami dengan dikurniakan seorang cahaya mata comel ni.. Insyallah ada rezeki tahun depan leh tambah sorang lagi si comelnya.. :-)

Orang tua-tua kata,

5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1)
Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Aku memang dalam fasa nilah.. memang macam-macam dugaan yang kami hadapi.. alhamdulillah segala dugaan dan cabaran sentiasa diharungi bersama-sama dengan isteri tercinta..

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2)
Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti.

Semoga kami sekeluarga akan terus dipangkan usia sama-sama sampai ke fasa ni..

Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3)
Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut.

Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan Bersama Anak-Anak & Isteri Tercinta Sehingga Syurga.. Amin

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. Insyallah moga berkekalan...sabar azimat mujarab...

    BalasPadam
  2. salam tuan belog.
    Alhamdulillah dah 4 tahun.
    Saya ni baru 2 tahun lebih. Masih jauh lagi perjalanan.

    BalasPadam
  3. main sorang-sorang la jawabnya. hehe..

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..