14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura - Setiap 10 Muharam

11/13/2013 01:00:00 PTG , 3 Comments



Assalamualaikum semua,

Bersempena dengan kehadiran 10 Muharam 1435H pada hari esok saya ingin kongsikan sedikit beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan oleh kita semua, menurut ustaz yang menyampaikan kepada saya sebelum ini.. katanya kalau tak dapat nak buat semua perkara sunat tu.. dapat buat satu pun memadailah dari tak buat apa-apa langsung..


1. Melapangkan masa / belanja anak, suami & isteri2 
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin 
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat 
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. 

SUMBER: Perkongsian dari facebook

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. betul sangat ustad tu cakap, bukan senang nak buat semua, buat yang termampu.

    BalasPadam
  2. Sumber mana ye..terutama sekali nombor 12...berhati2 bila share takut terkeluar akidah kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ambil dari internet tn.. sekiranya ada yang boleh sahkan no.12 tak sahih saya boleh keluarkan dari entri ni.. terima kasih atas makluman

      Padam

Jangan segan-segan bagi komen ye..