Susah Betul Nak Bagi Anak Makan Ubat

10/22/2013 12:55:00 PTG 2 Comments

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kebanyakkan ibu dan ayah pasti menghadapi masalah yang sama seperti aku ni.. tak caya boleh tanya blogger nak berbini 2 ni.. bab nak bagi makan anak ubat ni memang masalah besar bagi kami sekeluarga..

Harraz Mandi

Gambar dekat atas takda kene mengena dengan tajuk entry.. :-)

Dua tiga minggu ni Harraz nampak tak berapa sihat.. sebab bila masuk waktu malam je atau waktu dia tidur mesti dia akan terbatuk-batuk.. paling teruk.. kalau dah lama sangat batuk mesti dia akan muntah.. kalau anak dah muntah macam biasalah mama dia pun mesti nak join sekali lah.. hehehe..

Nak dikatakan semua tempat dia dah muntahkan.. dekat katil tempat kami tidur, dekat tilam tempat dia tidur, dekat kampung baru-baru ni.. dan yang terbaru semalam.. macam air paip terkeluar.. ni semua gara-gara lepas bagi makan ubat batuk dengan selsema.

Ubat dah ambil 2 hari lepas dekat klinik.. so kiranya semalam nak cuba-cuba bagilah dia makan ubat batuk yang doktor bagi.. mana tahu boleh berenti atau kurang batuknya.. so macam biasalah kalau pujuk confirm tak jalan punya.. sebab dari mula-mula cakap nak bagi makan ubat lagi dia dan cakap.. “taknak.. taknak”.. aku cakap dengan cik isteri.. takpe kali ni kita paksa je..

Dahlah kena bagi makan 2 jenis ubat minum memang seksalah.. mula-mula bagi makan ubat selsema.. baru masukkan sikit dalam mulut guna picagari dah diludahnya… aku cakap dengan cik isteri.. ada orang cakap kalau tak nak bagi anak ludah.. masa ubat masuk dalam mulut.. picit kejab hidung dia.. mesti dia telan ubat tu.. memang betul.. kaedah tu berjaya.. habis makan ubat pertama.. bagi makan ubat kedua pulak.. dalam keadaan teriak-teriak habis juga bagi makan ubat tu..

Tapi….. tak sampai seminit lepas ubat tu dia makan.. dia dah start batuk-batuk sambil teriak.. dengan tidak semena-mena juga terus muntah dengan begitu banyak lagi.. selamat masa tu kami dekat dapur..  bukan dekat ruang tamu atau atas tilam.. memang berlambaklah muntah dia dekat atas lantai.. habis semua apa yang dia makan sebelum tu keluar balik.. termasuk susu yang dia minum.. ubat jangan ceritalah.. confirm yang tadi minum tu keluar semuanya sekali..

Terus aku cakap dengan cik isteri.. takpelah stop dulu bagi ubat.. rasanya petang ni kena cuba lagi bagi dia makan ubat.. cuma risau je kalau termuntah lagi.. huhu

Rasanya korang ada tips lain tak nak bagi anak mudah makan ubat tanpa rasa macam kena seksa je..hehehe.. kesaian aku tengok dia nangis teriak masa nak bagi makan ubat..

Myvitrd

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. masah biasa ni bro. kalau dah pujuk-pujuk tak nak, sikit paksaan ok lah kot.

    BalasPadam
  2. Emmm..anak saya pon susah nak bg ubat..nangis macam kena dera...picagari cari yg ujung panjang..mmg sesuai utk bg ubat...tembak picagari ke dinding pipi...selalunya ok..die akan telan ..bagi sikit2...sampai habis..utk 1 masa bg 1 ubat..jgn sekali..takut byk sgt..timing lain2

    BalasPadam

Jangan segan-segan bagi komen ye..